Dua Adun BN Lompat PH Maka PH bentuk kerajaan Negeri
08:05 May 12, 2018  |  By SabahKini2
Dua Adun BN Lompat PH Maka PH bentuk kerajaan Negeri

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai PH.

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai PH.
 Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.

"Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh," katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

 

Comment