Musa pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama Sabah
14:05 May 12, 2018  |  By SabahKini2
Musa pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama Sabah

Ketika angkat sumpah itu Shafie tiada majoriti, kami ada... kita perlu hentikan jenaka ini demi kestabilan negeri dan mandat rakyat, demokrasi dan keadilan. Kita perlu ke hadapan... kita boleh kerjasama

KOTA KINABALU- KETUA Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas mengangkat sumpah jawatan, malam kelmarin.

Difahamkan, mesyuarat yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) itu bermula pagi tadi dan tamat pada kira-kira jam 2.30 petang.

Antara yang kelihatan turun dari Bilik Mesyuarat Kabinet negeri di tingkat 30 ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Hajiji Noor, selain Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Masiung Banah.

Musa bagaimanapun terus meninggalkan bangunan PPNS dan hanya melambai kepada kepada media yang menunggu di ruang legar bangunan berkenaan.

Ketika ditemui media, Jeffrey berkata, mesyuarat itu antara lain membincangkan usaha mengukuhkan pentadbiran menerusi penstrukturan beberapa kementerian.

"Ini adalah mesyuarat pertama Kabinet negeri, ia berkaitan dengan soal pentadbiran negeri, " katanya.

Ditanya sama ada mesyuarat turut membincangkan soal peletakan jawatan Ketua Menteri dan angkat sumpah Presiden Parti WARISAN Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri malam ini, Jeffrey berkata, tiada perbincangan mengenainya.

Sebaliknya beliau berkata, semua pihak perlu mempertahan dan menghormati Perlembagaan negeri dan amalan demokrasi serta mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Jika benarkan beli orang, ia akan hancurkan mandat rakyat, tidak boleh main-main dengan kepercayaan rakyat. Kita tidak boleh biarkan apa yang berlaku pada tahun 1985 dan 1994 (kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah) berulang, ia tidak demokrasi," katanya.

Mengenai kenyataan Mohd Shafie berkaitan majoriti 35 kerusi dimiliki WARISAN bersama DAP dan PKR, Jeffrey berkata, perkara itu berlaku selepas proses angkat sumpah Ketua Menteri dan jemaah menteri pada Khamis lalu.

"Ketika angkat sumpah itu Shafie tiada majoriti, kami ada... kita perlu hentikan jenaka ini demi kestabilan negeri dan mandat rakyat, demokrasi dan keadilan. Kita perlu ke hadapan... kita boleh kerjasama," katanya.

SUMBER- Hmetro

3 Comments