Tiada dokumen dirampas, hanya ambil barangan peribadi - Peguam
08:05 May 17, 2018  |  By SabahKini2
Tiada dokumen dirampas, hanya ambil barangan peribadi - Peguam

eguam bekas Perdana Menteri, Datuk Harpal Singh Grewal, mengesahkan perkara itu kepada pemberita sebaik keluar dari kediaman Najib di Langgak Duta di sinj, kira-kira jam 4.25 pagi tadi

KUALA LUMPUR: Tiada dokumen dirampas, sebaliknya hanya barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah diambil polis sebagai bukti dari kediaman Datuk Seri Najib Razak.

Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Harpal Singh Grewal, mengesahkan perkara itu kepada pemberita sebaik keluar dari kediaman Najib di Langgak Duta di sinj, kira-kira jam 4.25 pagi tadi

Menurut Harpal, polis melakukan penggeledahan untuk mendapatkan barang bukti bagi membantu siasatan.

Katanya, Najib dan ahli keluarga memberi kerjasama baik sepanjang hampir enam jam proses berkenaan.

Anggota polis membawa keluar barang dan dokumen dari kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence Apartment. 
 

Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal dilihat keluar dari kediamannya di Jalan Langgak Duta. 

"Proses selesai sebentar tadi dan difahamkan penggeledahan dibuat untuk siasatan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram.

"Bagaimanapun, polis tidak maklumkan berkaitan kes apa.

"Ia (penggeledahan) mengambil masa yang agak lama (hampir enam jam) kerana kediaman itu agak besar dan mereka (polis) memeriksa setiap bilik," katanya.

Harpal turut mengesahkan sebuah lagi kediaman Najib di sini turut diperiksa polis namun tidak memberitahu lokasi sebenarnya.


Kelihatan anggota dan pegawai polis keluar dari kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence Apartment. 

"Polis tidak rampas apa-apa dokumen, cuma ambil beberapa barangan peribadi antaranya pakaian, beg tangan dan barangan berbentuk hadiah.. dalam dua, tiga kotak.

"Hari ini memang tiada tangkapan dan boleh dikatakan mereka (polis) tidak temui apa-apa bukti," katanya.

Harpal turut mengesahkan tiada sebarang arahan diterima daripada polis untuk Najib tampil memberi keterangan.

Sumber- Bharian

Comment