Najib wariskan Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus kepada Pakatan Harapan
12:05 May 17, 2018  |  By SabahKini2
Najib wariskan Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus kepada Pakatan Harapan

Persepsi negara bankrap nampaknya tidak benar. Malah Najib mewariskan kepada PH ekonomi Malaysia yang berkembang 5.4 peratus.

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2018 dipacu permintaan domestik.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pertumbuhan terus disokong oleh sektor swasta dan eksport bersih.

Beliau berkata, pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh disokong peningkatan upah dan pekerjaan.

Melangkah ke hadapan, katanya, kepenggunaan swasta dijangka kekal kukuh disokong oleh pertumbuhan mantap pendapatan, pekerjaan dan sokongan berterusan langkah kerajaan.

"Bagaimanapun, segmen berpendapatan rendah terus berdepan cabaran," katanya pada sidang media mengenai prestasi ekonomi suku pertama 2018, di sini, hari ini.

Mengenai ringgit, Muhammad berkata, ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebanyak 5.2 peratus pada suku pertama 2018.

Beliau berkata, ringgit kekal stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pengukuhan ekonomi negara.

Katanya, hutang luar kekal terurus dan akan terus dipantau.

Pada suku pertama 2018, inflasi rendah dan ia dijangka menyederhana tahun ini.

Pada suku dikaji, lebihan akaun semasa terus kukuh. Rezab antarabangsa Bank Negara Malaysia juga RM430 bilion. - Sumber asal: BH

 
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim.
 
4 Comments