Kes Saman Musa : Shafie Serah Kepada Mahkamah
15:05 May 17, 2018  |  By SabahKini2
Kes Saman Musa : Shafie Serah Kepada Mahkamah

Selepas merampas cara haram Shafie minta serah pada mahkamah

SEMPORNA, 17 Mei- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung saman difailkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini kepadanya serta Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mohd Shafie berkata perkara itu bukan masalah dan beliau akan mengikut undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

Malahan beliau berkata, Musa patut mencontohi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang berundur diri secara budiman apabila tidak mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekali gus memberi laluan kepada Tun Sakaran Dandai menjadi ketua menteri pada tahun 1994.

"Saya masih ingat lagi, bila mana dia (Pairin) mengangkat sumpah dan membentuk kerajaan (tetapi) selepas itu dia hilang sejumlah sokongan ADUN dan majoriti tidak cukup.



Dia sebagai seorang budiman yang mematuhi undang-undang dan memahami undang-undang, tanpa ada sebarang bantahan terus menerima nasihat dan pandangan (letak jawatan) daripada TYT Tun Said Keruak (ketika itu) untuk membolehkan Tun Sakaran mengambil alih selaku ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Pekan Semporna di sini, hari ini.

-Bernama

7 Comments