Senarai Kabinet PH: DAP kuasai kewangan, komunikasi, sumber manusia dan pengangkutan
23:05 May 18, 2018  |  By SabahKini2
Senarai Kabinet PH: DAP kuasai kewangan, komunikasi, sumber manusia dan pengangkutan

Fasa kedua pengumuman Menteri menunjukkan DAP menguasai pelantikan berbanding komponen lain hanya 3. DAP memegang portfolio kementerian sangat penting.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.

Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir telah diterima menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut:

Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu - Langkawi)

 

Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)

 

Barisan Menteri

BERSATU:

 

Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)

 

 Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)

 

PKR:

6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)

8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zuraida Kamaruddin (Ampang)

 

LIM Guan Eng dan Mohamad Sabu.

 

DAP:

9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

12. Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ipoh Barat)

 

AMANAH:

13. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)

14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)

15. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

 

Dzulkefly Ahmad

Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

Sumber: Bharian

2 Comments