Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?
21:05 May 24, 2018  |  By SabahKini2
Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

3 dari pemimpin BN yang melompat Warisan dikatakan ditawarkan jawatan dalam kabinet Warisan sebagai habuan bersama Warisan. UPKO mendapat Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala seorang pemimpin BN (Muis Pichu) sebagai Pembantu

KOTA KINABALU: Gara-gara tular mesej Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan didakwa menerima RM20 juta daripada pihak tertentu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau berkata SPRM datang ke rumah dan pejabatnya di Keningau sebelum menjalankan pemeriksaan ke ibu pejabat SPRM Sabah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini.

Bagaimanapun menurut sumber SPRM Enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 11 Mei lalu turut bakal disiasat SPRM.

10 Mei lalu selepas upacara angkat sumpah Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dua adun terawal BN Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu) muncul di rumah Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyertai Warisan selain Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau turut antara Presiden parti komponen BN yang melompat ke Parti Warisan.

Dua lagi ADUN adalah dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu ( UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk  Abidin  Madingkir  ADUN Paginatan walaupun sebelum itu bersama Tan Sri Musa Aman di Sri Gaya.

3 dari pemimpin BN yang melompat Warisan dikatakan ditawarkan jawatan dalam kabinet Warisan sebagai habuan bersama Warisan. UPKO mendapat Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala seorang pemimpin BN (Muis Pichu) sebagai Pembantu Menteri.

Jamawi Jaafar Adun Kemabong bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO misalnya turut diugut dengan kes SPRM berhubung penerimaan RM 11 juta dari Sinkong Contruction Sdn Bhd yang disiasat SPRM sebelum ini.

Dalam tinjauan media sosial ramai beranggapan jika Dr Jeffrey disiasat berhubung RM20 juta pastinya 6 Adun yang melompat awal sebelum ini wajar disiasat SPRM memandangkan kebinet awal Tan Sri Musa Aman sudah dibentuk lebih awal pada 10 Mei 2018. Jika tidak SPRM hanya akan dicop sebagai alat kerajaan PH.

Parti STAR dalam facebooknya turut melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap fitnah Jufazli dan 6 Adun BN yang melompat kepada Parti Warisan.

2 Comments