Bekas Ketua Pengarah JPA syor Kerajaan PH pecat Tan Sri Ali Hamsa KSN
09:05 May 24, 2018  |  By SabahKini2
Bekas Ketua Pengarah JPA syor Kerajaan PH pecat Tan Sri Ali Hamsa KSN

Penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.

PETALING JAYA: Tan Sri Alwi Jantan bekas ketua pengarah JPA dalam kenyataannya berkata Tun Dr Mahathir perlu menyingkirkan Ketua Setiausaha Negara yang dikatakan sebagai  “badut dan boneka” parti pemerintah.

Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.

“Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.

Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.

Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.

Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.

Ali Hamsa dilihat memainkan peranan membuang semua penjawat awam kerajaan atas arahan Kerajaan baru Pakatan Harapan. Baru sahaja 3 hari kerajaan PH berkuasa sudah 5000 orang penjawat awam dibuang. Dijangka 17 ribu lagi akan dibuang.

Ramai menjangka Ali Hamsa adalah orang terakhir akan dibuang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

1 Comment