Seperti dijangka SPRM mahu serbu rumah Musa Aman
09:05 May 25, 2018  |  By SabahKini2
Seperti dijangka SPRM mahu serbu rumah Musa Aman

Politik balas dendam- Menjadi persoalan apa sudah jadi dengan kes rasuah Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony?

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan hadir atau menyerbu rumah pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman dan cuba merampas dokumen berkaitan.

Memetik sumber SPRM, laporan itu berkata satu pasukan penyiasat telah pergi ke rumahnya di Luyang di Kota Kinabalu petang Rabu berhubung siasatan kes rasuah. Siasatan kali ini adalah diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Datuk Seri Shukri Abdull dikatakan berdendam dengan pemimpin Barisan Nasional

Bagaimanapun, Musa serta ahli keluarganya tiada ketika serbuan dibuat.

Bagaimanapun, tiada fail atau dokumen diambil kerana pegawai SPRM dilaporkan tidak dapat memasuki kediaman itu berikutan Musa dilaporkan tiada di rumah.

Peguam Zahir Shah yang mewakili Musa mengesahkan mengenai kehadiran pegawai SPRM terbabit, namun mereka tidak membuat sebarang pemeriksaan.

"Ya, SPRM pergi ke rumah Tan Sri Musa tetapi tidak ada fail dan dokumen yang dirampas," katanya.

Laporan tersebut berkata, SPRM enggan mengulas jika kes tersebut melibatkan RM20 juta yang didakwa diguna untuk menambah sokongan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri Sabah selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan pada 9 Mei lalu.

Rumah dan pejabat Dr Jeffry Kitingan 23 Mei lalu telah diserbu SPRM bagaimanapun tiada penemuan RM20 juta sekaligus membersihkan nama Dr jeffry Presiden Parti Star itu.

Netizen Sabah turut memberi pandangan mengenai status siasatan dan pendakwaan kes rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony yang dikatakan cuba ditutup oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Shafie Apdal kini Ketua Menteri Sabah dan Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Penyiasatan kali ini kelihatan bias dan penuh dendam.

Kredibili Datuk Shukri tercalar baru-baru ini apabila meluah secara emosi menyerang secara terbuka Dato'Seri Mohd Najib seolah-olah membuat hukuman lebih awal sebagai pesalah sedangkan kes tidak dibicarakan di mahkamah.

2 Comments