Menjawab hutang negara RM1 trillion versi Mahathir dan Lim Guan Eng
17:05 May 25, 2018  |  By SabahKini2
Menjawab hutang negara RM1 trillion versi Mahathir dan Lim Guan Eng

Cuba lihat bagaimana Lim Guan Eng seorang didakwa kes SPRM di mahkamah bicara mengenai integriti dan hutang negara.- Baca artikel Syahir untuk kupasan

oleh: Syahir

Akhirnya kerajaan menjawab tentang hutang negara RM1 trilion yang disebut-sebut baru-baru ini.

Betul seperti telahan saya bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM199.1 bilion sebagai hutang negara.

Selain itu kerajaan juga mengira komitmen bayaran berkala seperti bayaran sewa, penyelenggaraaan untuk projek pembangunan sekolah, hospital, balai polis di bawah Public Private Partnership (PPP) berjumlah RM201.4 bilion.

Kementerian Kewangan juga mengesahkan hutang kerajaan dalam bentuk sekuriti iaitu bon berjumlah RM686.8 bilion (setakat 31 Disember 2017) yang merupakan jumlah hutang rasmi mengikut standard laporan hutang kerajaan yang diamalkan di seluruh dunia.

Di dalam tulisan saya beberapa bulan lepas: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10215317941879807 saya menerangkan kenapa hutang yang dijamin oleh kerajaan tidak dikira sebagai hutang kerajaan. Hutang yang dijamin ini termasuk hutang PTPTN berjumlah RM40 bilion. Ini tak termasuk deposit yang dijamin oleh kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji dan BSN yang mana jika dikira sekali sebagai hutang kerajaan akan menjadikan hutang negara melebihi RM2 trilion, Tidak ada negara lain dalam dunia yang mengira hutang yang dijamin sebagai hutang negara.

Kerajaan baru ini cuba menggambarkan seolah-olah hutang yang dijamin kerajaan ini disorok atau disembunyikan daripada umum sedangkan ia diterbitkan setiap tahun untuk tatapan umum melalui Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan malah rating agencies seperti Moody's, S&P dan Fitch juga tahu butiran dan jumlah hutang yang dijamin kerajaan ini.

Saya tak faham kenapa Dr. Mahathir bin Mohamad dan Lim Guan Eng cuba menggambarkan yang angka ini disembunyikan oleh kerajaan sebelum ini. Kalau orang biasa seperti saya boleh jumpa angka ini di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), apatah lagi rating agencies, pelabur-pelabur dan orang lain. Agenda politik menakutkan rakyat? Atau sengaja dibangkitkan untuk dijadikan alasan tidak menunaikan janji-janji pilihanraya?

Yang ketiga adalah bayaran sewa (lease) kepada syarikat-syarikat tertentu pemegang konsesi di bawah projek Public Private Partnership (PPP). Kerajaan ada membelanjakan sejumlah wang setiap tahun untuk projek pembangunan di luar daripada bajet tahunan sama seperti pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad (PJH) di mana kerajaan membayar sewa lebih RM1 bilion setahun kepada PJH sehingga sekarang di bawah perjanjian sewa selama 25 tahun. Ini saya pernah terangkan tahun lepas: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10214020113514909

Jika pembayaran sewa ini dikira sebagai hutang negara, sebahagian daripada yang menyumbang kepada kenaikan hutang negara adalah Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan "arkitek" kepada pembangunan projek mega luar daripada bajet kerajaan seperti Putrajaya.

"Creative accounting" ini adalah amalan sejak zaman Mahathir lagi dan diteruskan oleh kerajaan sebelum ini di bawah Pak Lah dan Najib untuk projek-projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan sekolah, universiti, hospital dan balai polis. Tak usahlah Mahathir mahupun Lim Guan Eng buat-buat terkejut seolah-olah ini benda baru yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Seperti yang saya kata sebelum ini tak ada apa pun isu hutang RM1 trilion ni. Ianya lebih kepada modal politik yang digunakan sebelum pilihanraya untuk menakutkan rakyat Malaysia dan kerajaan yang baru terbawa-bawa dengan mentaliti pembangkang mereka.

Tapi harus kita akui ramai yang percaya dengan propaganda hutang RM1 trilion ini.

"Much ado about nothing"

Dengan asas ekonomi yang kukuh, sektor kewangan yang stabil dan sektor perbankan yang sihat Kerajaan mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar tanggungan dan obligasi mereka setiap tahun. Itu yang paling penting. Ini Menteri Kewangan yang baru yang cakap.

Dulu memang dia selalu cakap negara kita ni menuju kebankrapan dan sebagainya, tak tahu la magic apa dia guna lepas 2 minggu jadi kerajaan ekonomi negara jadi kukuh, sektor kewangan stabil dan sebagainya.

Rujukan:

1. Kenyataan Media Menteri Kewangan Tentang Hutang Negara: https://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia/posts/10155816850698547

2. Malaysia contingent liabilities low-risk - Moody's Investor Service: https://www.thestar.com.my/…/msia-contingent-liabilities-l…/

3. S&P: Rise in contingent liabilities no risk to rating https://www.nst.com.my/…/sp%E2%80%99s-rise-contingent-liabi…

4. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 - JANM: http://www.anm.gov.my/…/Penyata-Kewangan-Kerajaan-Persekutu…

5. Putrajaya Holdings Berhad:https://www.bixmalaysia.com/CustomUs…/DownloadDocument.aspx…

 
10 Comments