Lebuhraya Pan Borneo dikaji semula, projek mungkin bakal ditamatkan?
14:05 May 25, 2018  |  By SabahKini2
Lebuhraya Pan Borneo dikaji semula, projek mungkin bakal ditamatkan?

Berkemungkinan besar projek Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang tidak menguntungkan kerajaan akan ditamatkan jika kos tinggi. Apa pendapat orang Sabah?

KOTA KINABALU: Selepas kemenangan Kerajaan Pakatan Harapan Perdana Menteri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata projek mega seperti Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange dan Lebuhraya Pan Borneo, antara lain, sedang dikaji semula untuk menyelamatkan berbilion ringgit wang negara.

Berkemungkinan besar projek Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang tidak menguntungkan kerajaan akan ditamatkan jika kos tinggi.

Ditanya hal tersebut kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Lebuhraya Pan Borneo, projek prasarana tunggal terbesar di Borneo, dijangka diteruskan walaupun kerajaan persekutuan mengalami kekangan kewangan walaubagaimanapun ia bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan.

“Setakat hingga hari ini projek itu sudah dilaksanakan dan saya yakin ia akan diteruskan namun kita tungga apa kata Perdana Menteri,” katanya 

Lebuhraya sejauh 2,325km yang menyediakan laluan 4 lorong 2 hala, menghubungkan antara Sabah dan Sarawak melalui Brunei, dijadualkan siap pada 2023.

Ia dibiayai oleh kerajaan persekutuan dengan anggaran kos RM29 bilion.

Beliau berkata kekangan kewangan bakal menjejaskan kerajaan Sabah.

“Ramai tidak tahu ini. Saya akan memperincikan hutang termasuk berapa banyak hutang kerajaan negeri dan Yayasan Sabah yang perlu diselesaikan,” katanya.

 

 

 

55 Comments