Wan Azizah TPM, suami dan anak-anak dikecam 'Geng Mahathir' kerana Jet Kerajaan
23:05 May 25, 2018  |  By SabahKini2
Wan Azizah TPM, suami dan anak-anak dikecam 'Geng Mahathir' kerana Jet Kerajaan

Grafik: Media Sosial

Amat mengejutkan bukan saja netizen kecam Wan Azizah tetapi 'geng-geng mahathir' dalam PPBM termasuk peguam menghentam Wan Azizah. Apa agenda?

Susulan Wan Azizah Timbalan Menteri bersama keluarganya menggunakan jet rasmi kerajaan atas urusan dengan istana Kelantan nampaknya bukan saja warga Malaysia mengecamnya tetapi turut mengapi-apikan ialah dari pasukan pembangkang sendiri. Peguam PPBM dan cytro PPBM turut mengecam hebat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri.

Anak sulungnya, Nurul Izzah turut berdepan soalan sama di Twitter.

Bagaimanapun, kata Nurul, urusan keluarganya malam tadi adalah urusan rasmi.

Undangan itu juga, kata naib presiden PKR, adalah untuk Azizah sekeluarga.

“Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah (Azizah) sekeluarga,” katanya.

Nurul juga menegaskan “sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi”.

Azizah, suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga semalam tiba di Kelantan dengan jet kerajaan bagi mengadap bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Kota Bharu.

Netizen mempersoalkan atas sebab apa kelayakan keluarga Wan Azizah dalam jet kerajaan. Jika dahulu Rafizi Naib Presiden PKR mengutuk penggunaan dan pembeliau jet kerajaan yang dikatakan membazir.Nampaknya hari ini keluarga Anwar memanfaatkan untuk keluarganya.

Setelah dikritik hebat Azizah dalam Instagram beliau berkata ia adalah urusan rasmi.

Azizah turut memuat naik gambar beliau dan keluarganya bergambar dalam pesawat itu, termasuk bersama kru penerbangan.

Anwar pula bagi meneutralkan pendangan rakyat beliau memuat naik gambarnya menaiki penerbangan komersil biasa untuk ke Pulau Pinang kerana ia urusan peribadi dan memberi definisi urusan peribadi dan urusan rasmi.

Sementara itu dikalangan cytro PPBM mereka mempersoalkan dan sangsi apa tujuan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sering berjumpa Sultan. Apa niat mereka?

 

70 Comments