Shafie Apdal janji bina gereja dan beri elaun Pastor di Sabah
14:05 May 29, 2018  |  By SabahKini2
Shafie Apdal janji bina gereja dan beri elaun Pastor di Sabah

Shafie beri jaminan bahawa kerajaan negeri akan membina gereja-gereja juga memberi elaun kepada pastor jika situasi kewangan mencukupi

KOTA KINABALU: Sejajar dengan janji Presiden Warisan Shafie Apdal pada 19 November 2018 di Keningau akan mempertahankan kesucian agama Kristian di Sabah jika berkuasa maka kini beliau sebagai Ketua Menteri berkata, kerajaan yang ditadbir Parti Warisan Sabah (Warisan), akan menunaikan janji membina lebih banyak gereja.

Kerajaan Sabah memberi jaminan kepada rakyat di negeri itu untuk membina lebih banyak rumah ibadat kepada komuniti bukan Islam.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan membantu membina gereja-gereja. Kita juga akan memberi elaun kepada pastor jika situasi kewangan negeri membenarkan,” katanya seperti dilapor portal The Star.

Mohd Shafie berkata, beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu, bagi melaksanakan aspirasi dan harapan daripada kepimpinan baharu.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada UMNO dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan.

 

 

33 Comments