Tiada lagi Sinar Kaamatan Bila Hugoun Siou Mula Diketepikan
10:05 May 31, 2018  |  By SabahKini2
Tiada lagi Sinar Kaamatan Bila Hugoun Siou Mula Diketepikan

Wujudnya Hugoun Siou ini adalah sejak sebelum merdeka lagi dengan adanya pemilihan yang melibatkan majlis orang tua dan bobolian. Setiap ritual atau majlis yang melibatkan kebudayaan KDMR maka akan adanya peranan dan kehadiran Hugoun Siou.

PENAMPANG - Tadau Kaamatan merupakan salah satu perayaan etnik dominan (momogon - orang asal) di Sabah setiap tahun pada bulan Mei.

Hampir seluruh Sabah akan meraikan perayaan ini selagi ada penduduknya yang beretnik Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR).Kemuncak perayaan tersebut akan diadakan di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association pada 30 dan 31 Mei.



Kembali memyingkap sejarah perayaan ini diraikan setiap tahun hingga diberi pengiktirafan kerajaan Malaysia dengan mengumumkan tarikh keramat selama dua hari (30 hingga 31 Mei) adalah tarikh cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Tan Sri Pairin Kitingan merupakan pemimpin agung bagi masyarakat etnik KDMR. Beliau memegang gelaran Hugoun Siou (pemimpin agung) bukan atas lantikan politik mengikut kerajaan yang dibentuk tetapi beliau dilantik atas kriteria beliau sebagai wakil pemimpin bagi etnik ini.

Pemilihannya cukup jelas selagi pemimpin ini mampu mewakili suara etnik dan mempertahankan hak etnik dengan kerajaan sedia ada maka beliau masih lagi Hugoun Siou.
Sehingga hari ini gelarn Hugoun Siou baru sahaja dilalui dua pemimpin sejak Sabah bersama-sama membentuk Malaysia sekitar tahun 1963.

Sebelum ini Almarhum Tun Fuad Stephen merupakan pemimpin Agung KDRM semasa almarhum masih memegang agama Kristian ketika itu. Kemudian tanggungjawab ini digalas oleh Tan Sri Pairin Kitingan selepas pemergian almarhum yang terkorban dalan insiden Double 6 di Sembulan sekitar tahun 1976.

Wujudnya Hugoun Siou ini adalah sejak sebelum merdeka lagi dengan adanya pemilihan yang melibatkan majlis orang tua dan bobolian. Setiap ritual atau majlis yang melibatkan kebudayaan KDMR maka akan adanya peranan dan kehadiran Hugoun Siou.

Namun, bila tahun berganti tahun zaman berganti zaman akhirnya peranan Hugoun Siou semakin lama semakin lupus. Adakah ia akan bertahan sehingga anak cucu cicit di masa hadapan?

Hari ini, sejarah mula terukir bila kehadiran Hugoun Siou di Hongkod Koisaan hanyalah sebagai tetamu kehormat dan tidak lagi menjadi individu yang akan memulakan tradisi memanggil semangat padi di hadapan khalayak dan etniknya sendiri.

Semoga peranan Hugoun Siou tidak sesekali dipolitikkan kerana budaya dan politik mana mungkin dapat disatukan kerana rakyat Sabah yakin jika ia berlaku maka ini tanda perpecahan di kalangan mereka..

48 Comments