Perbicaraan kes bekas Pengarah JANS disambung 30 Julai
11:05 May 31, 2018  |  By SabahKini2
Perbicaraan kes bekas Pengarah JANS disambung 30 Julai

Tarikh perbicaraan ialah pada 30 hingga 31 Julai dan 1 hingga 2 Ogos dan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

KOTA KINABALU, 31 Mei- Perbicaraan kes bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Awang Mohd Tahir Mohd Talib dan tiga individu lagi yang dituduh terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dijadualkan bersambung pada 30 Julai ini.

Menurut laman sesawang Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, selain Awang Mohd Tahir dan isterinya Fauziah Piut, turut dibicarakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu ialah dua bekas timbalan pengarah JANS iaitu Lim Lam Beng dan Teo Chee Kong.


Tarikh perbicaraan ialah pada 30 hingga 31 Julai dan 1 hingga 2 Ogos dan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

Awang Mohd Tahir, 54, isterinya Fauziah, 51, dan Lim, 62, menghadapi 37 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM61.5 juta.

Teo, 52, pula menghadapi 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.....

-Sumber asal: BERNAMA

Comment