Peguam beliau, Zahir Shah berkata, bekas Ketua Menteri itu juga ketika ini sedang menerima rawatan yang telah dicadangkan oleh pakar perubatan dan telah lama tertangguh.

Zahir bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar Musa yang sedang disiasat oleh pihak polis Sabah berhubung laporan dibuat oleh Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya ingin mengesahkan dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah keluar secara haram dan perjalanannya telah melalui saluran Imigresen yang sah.

“Beliau akan kembali selepas rawatannya selesai dan doktor berpuas hati dengan keadaan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Menurut beliau, Musa turut mengulangi kesediaannya untuk memberikan kerjasama penuh dalam membantu pihak berkuasa asalkan dijalankan dengan mematuhi undang-undang. - UTUSAN ONLINE