Hasil rampasan kuasa belum disahkan mahkamah tapi Shafie kata ketepikan politik
07:06 Jun 10, 2018  |  By SabahKini2
Hasil rampasan kuasa belum disahkan mahkamah tapi Shafie kata ketepikan politik

Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal belum stabil dan mungkin akan kalah dalam keputusan mahkamah 9 Julai nanti yang difailkan oleh Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah kerana mengangkat sumpah terlebih dahulu.

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah rampasan kuasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak rakyat negeri ini mengetepikan soal politik dengan menumpukan kepada pembangunan Sabah.

Menurut beliau Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mengetuai kerajaan negeri Sabah sudah mengutarakan pandangan dan cadangan dalam manifesto aspek yang ditumpukan untuk membangunkan negeri ini dan kebajikan rakyat.

"Rakyat sudah memutuskan peringkat nasional memilih Pakatan Harapan di Kerajaan Persekutuan dan Warisan di peringkat kerajaan negeri.

"Justeru, kita akan mempastikan negeri ditadbir baik untuk semua aspek termasuk mempastikan pembangunan ekonomi dinikmati rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Sandakan di sini, pada Sabtu.

Shafie yang juga Presiden Warisan berkata di peringkat kabinet negeri yang diwujudkan telah distrukturkan dengan mewujudkan kementerian baru.

Bagaimanapun kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal belum stabil dan mungkin akan kalah dalam keputusan mahkamah 9 Julai nanti yang difailkan oleh Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah kerana mengangkat sumpah terlebih dahulu.

Datuk Jahid Jahim turut menyaman kerajaan negeri mengenai Sidang Dun Khas yang bakal diadalah 11 Jun nanti sebagai tidak sah dari kerajaan tidak sah.

Pelantikan Tommy Thomas Peguam Negara baharu bakal mencetuskan polemik apakah beliau berani membuat pendakwaan terhadap kes Shafie Apdal, Peter Anthony, Azis Jamman, Sinkong, Hartaty, Jamawi dan adik-beradik Shafie?

Sehingga ke hari ini Shafie Apdal tidak berani mengulas kesnya terutama bila terlantiknya Peguam Negara baru. Dia sepatutnya mencabar Peguam Negara.

 

 

9 Comments