Saya akan terus jadi PM Sebagai PM tertua di dunia - Dr Mahathir
09:06 Jun 11, 2018  |  By SabahKini2
Saya akan terus jadi PM Sebagai PM tertua di dunia - Dr Mahathir

Sebelum ini Dr Mahathir berkata Anwar belum tentu jadi PM 2 tahun lagi.Di Jepun Mahathir berkata akan terus jadi PM jika rakyat mahu dia terus jadi PM

TOKYO- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berkata akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.

"Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan," katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.

Berucap pada Persidangan Nikkei di sini pada Isnin, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.

"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya 

Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.

"Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka," katanya

Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum 9 Mei. 

Dalam wawancaranya bersama media baru-baru ini Dr Mahathir berkata Anwar belum tentu jadi PM dalam dua tahun lagi manakala Anwar pula menyuarakan rasa bimbang dengan cara pentadbiran Dr Mahathir.

Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

1 Comment