PBB, PRS,PDP, SUPP Keluar BN namun kekal sebagai Pembangkang
11:06 Jun 12, 2018  |  By SabahKini2
PBB, PRS,PDP, SUPP Keluar BN namun kekal sebagai Pembangkang

Tubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS)- GPS akan kekal sebagai pembangkang tetapi mengamalkan sikap mesra terhadap kerajaan Pusat di bawah Pakatan Harapan mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

KUCHING 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan sebuah parti baharu, dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak  (GPS) bermula hari ini.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan meninggalkan BN itu diputuskan sebulat suara oleh empat parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Sarawak pagi ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, GPS akan kekal sebagai pembangkang tetapi mengamalkan sikap mesra terhadap kerajaan Pusat di bawah Pakatan Harapan mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada BN yang membawa banyak kemajuan kepada Sarawak selama berada di bawah BN sebelum ini.

Kerajaan Sarawak dianggotai oleh empat parti komponen menyertai BN sejak 1974 dan berjaya mengkukuhkan parti itu apabila muncul sebagai ‘kubu kuat’ atau ‘deposit’ BN sehinggalah PRU-14.

Pada PRU-14, BN Sarawak berjaya memenangi 19 daripada 31 Parlimen selepas gagal mempertahankan 12 kerusi yang disandang sebelum ini.

Sumber berkata Gabungan Parti Sarawak dibentuk kerana bagi menghadapi Pilihanraya Negeri dua tahun dari sekarang. Ia sebahagian dari strategi pilihanraya Gabungan baru yang dulu dikenali BN Sarawak.

1 Comment