Menurut Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 dibuat selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

Kerajaan telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan tiga tahun mulai Januari 2017.

IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori disebabkan harga kos gas sebenar yang tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut. 

“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu,” katanya. 

Rakyat Sabah pasti terkejut dengan kenaikan tarif ini. Bagaimanapun bagi pendokong kerajaan PH Sabah bawah Warisan mereka sangat gembira dengan kenaikan ini kerana dianggap menyumbang kepada pendapatan negara. Komen-komen meeka dalam media sosial sebagai kenaikan wajar kerana telah lama tidak dinaikkan.