Ahli UMNO masih setia- Salleh Said
04:06 Jun 17, 2018  |  By SabahKini2
Ahli UMNO masih setia- Salleh Said

Kami tidak akan meninggalkan Umno hanya kerana parti gagal membentuk kerajaan

Kota Kinabalu: Umno Sabah berkata menghormati keputusan parti Barisan Nasional Sarawak untuk meninggalkan parti itu.

"Kami doakan yang terbaik untuk mereka," kata Pemangku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan, Rabu.

Beliau berkata di Sabah, ahli Umno dan penyokongnya masih setia kepada parti itu dan masih mahu bertanding di bawah parti UMNO

"Kami tidak akan meninggalkan Umno hanya kerana parti gagal membentuk kerajaan," katanya.

"Apa-apa tindakan yang diambil mestilah disepakati bersama dan tidak mengambil tindakan tergesa-gesa”. katanya.

Mempunyai pendapat politik yang berbeza bukan satu kesalahan dan tidak perlulah ahli politik terus bermusuhan antara satu sama lain, katanya.

Beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya UMNO membina semula parti itu dan menghormati pilihan rakyat.

"Kita mempraktikkan politik matang demi negara dan rakyat," katanya.

Beliau juga berkata Umno Sabah lebih fokus kepada pemilihan UMNO 30 Jun akan datang.

Umno Sabah menghormati keputusan empat parti Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk meninggalkan BN dan membentuk gabungan mereka sendiri, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini mengumumkan Parti Pesaka Bersatu (PBB) dan tiga lagi parti - Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah membuat keputusan keluar membentuk gabungan pembangkang sendiri di Sarawak.

2 Comments