KJ tanding Presiden UMNO, menang atau pecahkan undi
05:06 Jun 17, 2018  |  By SabahKini2
KJ tanding Presiden UMNO, menang atau pecahkan undi

KJ akhirnya U-turn dari tanding Naib Presiden kepada Presiden

Ahli Parlimen Rembau itu dijangka menyerahkan borang pencalonan petang ini sebelum tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan EXCO Pemuda Ibdil.

"KJ akan tanding presiden," katanya ringkas.

Khairy dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Semalam Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li, menawarkan diri bertanding jawatan sama selepas meneliti kedudukan UMNO dan memperhalusi implikasi terhadap keputusan itu terutama mengenai perkara berkaitan soal kepemimpinan.

Langkah Khairy itu menjadikan jawatan Presiden UMNO bakal menyaksikan persaingan antara beliau, Ku Li dan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

 

Comment