Selepas pecat Setiausaha DUN kini Shafie salahkan 19 Adun Angkat Sumpah
16:06 Jun 17, 2018  |  By SabahKini2
Selepas pecat Setiausaha DUN kini Shafie salahkan 19 Adun Angkat Sumpah

Shafie Apdal yang merampas kerajaan secara tidak berperlembagaan pada 12 Mei kini mula bercerita mengenai peraturan dan menyalahkan 19 Adun

KOTA KINABALU- Tidak sabar menunggu keputusan mahkamah Tan Sri Musa Aman  'Originating Summons' 9 Julai dan berang dengan tindakan Setiausaha Dewan sehingga memecatnya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mula bertindak menyalahkan 19 ADUN Sabah yang mengangkat sumpah di hadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) 12 Jun lepas sebagai melanggar peraturan.

Mereka ialah sembilan daripada Umno; enam daripada Parti Bersatu Sabah; dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku serta masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UPKO.

 

Antara gambar yang memanaskan hati Shafie Apdal dan Warisan

Mohd Shafie berkata, “Kita ada peraturan yang perlu dipatuhi… mereka boleh angkat sumpah kerana mereka ada hak untuk angkat sumpah.

“Tetapi peraturan mesti ada dan kerajaan negeri serta Yang Dipertua Negeri Sabah perlu dimaklumkan… Bukan datang ke DUN dan terus angkat sumpah serta merta.

“Yang Dipertua Negeri Sabah telah dimaklumkan bahawa jadual persidangan DUN akan diadakan pada 2 Julai ini dan mereka boleh mengangkat sumpah pada masa berkenaan.

“Saya sudah lama dalam parlimen dan saya tahu peraturannya dan ia perlu diikuti… dan perkara ini adalah membimbangkan kita,” katanya mengulas tindakan 19 ADUN itu yang tidak menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 11 Jun lepas, tetapi mengangkat sumpah di hadapan speaker keesokannya.

Beliau berkata Sabah kini dipimpin oleh kerajaan baharu dan beberapa perubahan perlu dilakukan untuk memastikan peraturan sedia ada dipatuhi khususnya oleh ADUN daripada parti pembangkang.

“Penting untuk kita pastikan supaya ada disiplin dalam pentadbiran negeri… apa sahaja yang mereka lakukan kerajaan negeri perlu mengetahuinya dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin juga perlu diberitahu,” katanya.

Bagaimanapun pakar undang-undang dan perlembagaan negeri Sabah sebelum ini berkata sejak Shafie Apdal mengangkat sumpah kali kedua sebagai Ketua Menteri pun dah melanggar perlembagaan negeri bagaimana dia berkata mahu mematuhi peraturan.

Sepatutnya Undi Tidak Percaya dilakukan oleh Tan Sri Musa Aman bukan Shafie Apdal pada 11 Jun itu. 


Shafie Apdal mengamuk dengan Speaker dan Setiausaha Dewan. Ketika dia merampas kuasa menggunakan TYT mengangkat semula sumpah mereka anggap HALAL. 

 

18 Comments