JKR Sabah terus bayar syarikat konsesi 'kroni' ratusan juta, Peter Anthony kutip hasil beli pemimpin GRS?
01:01 Jan 16, 2021  |  By SabahKini2
JKR Sabah terus bayar syarikat konsesi 'kroni' ratusan juta, Peter Anthony kutip hasil beli pemimpin GRS?

GRS mesti sedar. Segala dana bayaran kepada konsesi kroni milik Peter Anthony Warisan akan disalurkan semula kepada Peter. Semua dana ini diguna semula menyerang GRS. JKR Sabah terus membayar sama ada konsesi buat kerja atau tidak. SPRM?

Semua pendedahan mengenai Datuk Peter Anthony orang kanan Shafie Apdal sejak tahun 2016 dan 2017 seperti mencuri wang RISDA melalui tanah ladang tongod, peguamnya Michael P Ubu melarikan diri dan juga kes penipuan di UMS telah dituduh di mahkamah pada tahun 2020.

Hanya dua kes belum dituduh di mahkamah iaitu kes penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion bersama Shafie Apdal dan juga projek rundingan terus JKR RM1.5bilion. Sekalipun siasatan kedua-duanya telah selesai tidak diketahui bilakah pendakwaan itu dapat dilakukan oleh SPRM. Sepatutnya kes KKLW itu Shafie dan Peter Anthony didakwa sekarang.

Bagi kes tuntutan projek UMS menggunakan dokumen palsu Datuk Peter diperintahkan hadir ke mahkamah pada sebutan kes akan datang pada 24 Februari depan. Peter berusaha melengahkan kes di mahkamah seperti mohon pengecualian tidak hadir ke mahkamah, alasan sakit vertigo, peguam menangguh  kes dan kini membuat permohonan untuk memindahkan kes tertuduh dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes dokumen palsu, Peter Anthony diperintah hadir ke Mahkamah 24 Feb ]

Datuk Peter melakukan apa saja untuk melepaskan diri dari kesnya. Sekarang terdapat desas-desus Peter sedang berusaha berunding dengan Parti STAR satu dari komponen Perikatan Nasional agar menyertai gabungan Warisan untuk menumbangkan GRS di Sabah. Setakat ini belum berjaya. Benar atau tidak dakwaan ini Datuk Dr Jeffry Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah wajar menjawabnya. Jika STAR bersama Warisan parti itu akan mengikut jejak UPKO tumbang di Sabah.

Mengapa ini berlaku?

Sekalipun beberapa ratus juta akaun proksi Datuk Peter dibekukan namun beliau tetap masih mempunyai simpanan lain hasil bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Peter adalah pencari dan pengumpul dana Warisan. Shafie Apdal mempercayai beliau 100 peratus.

Masih banyak projek milik Peter dilaksanakan dengan kos melampau tetapi terus menerima bayaran termasuk sebelum PRN Sabah.

Wang projek inilah digunakan oleh Peter Anthony untuk membayar mana-mana Adun GRS yang bakal menyokong Warisan nanti.

Skandal lama vs baru

Skandal projek selenggara jalan Sabah terbahagi kepada dua iaitu konsesi lama serta konsesi baharu lantikan Datuk Peter Anthony

Projek selenggara jalan konsesi lama rundingan terus bagi Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd (1000264-A) yang sebelum ini diserang oleh Warisan sebagai kos tinggi diteruskan zaman Warisan. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2 jelas mendedahkan kegagalan syarikat itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Lebih buruk pengurusan syarikat Globinaco Sdn. Bhd dan WKW Eramaju Sdn ketika pemerintahan Warisan diambil alih pula oleh kroni Shafie Apdal.

Konsesi itu tidak ditamatkan apatah lagi dikurangkan kos kontrak

Buktinya Syarikat Globinaco Sdn Bhd dibayar RM290 juta setahun dengan harga RM131,403 setiap perKM untuk 2206.94KM. Manakala WKW Eramaju Sdn. Bhd RM74,895.15 bagi setiap perKM.

Projek konsesi  baharu kroni Peter Anthony diberikan kepada 4 syarikat seperti AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta) dan Sinaran Mewah Sdn Bhd (RM 325 juta).

Selepas didedah, disiasat SPRM tetapi rekod menunjukkan JKR meneruskan bayaran kepada 4 syarikat kroni Peter itu. Buat tak buat selenggara jalan, JKR tetap membayar 4 syarikat itu.

Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan bukti projek Datuk Peter dan bekas Menteri UPKO Datuk Ewon Benedict projek jalan 2.3KM diselenggara RM1.06 juta perKM iaitu JALAN DUMPIRING KEBIDAHAN DAN JALAN-JALAN BERKAITAN di Turut didedahkan gambar-gambar projek jalan JKR lain yang gagal diselenggara oleh kroni Peter tetapi terus menerima bayaran.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk]


Mari kita lihat pula gambar-gambar jalan yang konsesi gagal uruskan sebelum bencana banjir di Sabah. Jalan teruk tetapi tetap membuat tuntutan melaksanakan kerja. 

Bagi memudahkan pemahaman kita paparkan semula Syarikat konsesi dan zon kroni Datuk Peter Anthony

Selenggara Jalan Zon Tawau, Lahad, Datu, Semporna dan Kunak

Syarikat yang dilantik ialah Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd RM500 juta dalam 5 tahun atau RM100 juta setahun. Syarikat modal berbayar RM750 ribu ini dikaitkan dengan VVIP Istana Negeri. Borneo Nabalu dikaitkan dengan taikun Tan Sri Joseph Lo @ Lo Tain Foh pemilik Azam Jaya terkenal yang diberi gelaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) Ogos 2019 oleh Shafie Apdal.

 

Selenggara Jalan Zon Sandakan, Beluran, Tongod dan Kinabatangan 

Syarikat yang dilantik ialah AK Kontraktor Sdn Bhd RM 325 juta dalam 5 tahun atau RM65 juta setahun bagi 437.52 KM iaitu kira-kira RM148,564.64 perKM. Syarikat modal berbayar RM1 juta milik Datuk Peter atas nama Safineh bin Doto kroni yang terlibat dalam skandal pembelian tanah ladang Tongod. Kes ini kini dakwa di mahkamah bawah AMLA dan pecah amanah melibatkan peguam Michael P Ubu.

Lihat jalan AK Kontraktor selenggara sama ada sebelum banjir dan mungkin selepas banjir jika terukpun tetap dibayar JKR mengikut kontrak walaupun tidak melaksanakan tugas selenggaraan. 

Apa agaknya kekuatan syarikat selenggara ini? Sekalipun kontrak tidak dipatuhi mereka tetap dibayar RM65 juta setahun hingga RM290 juta setahun. Adalah tidak masuk akal misalnya Syarikat Globinaco Sdn Bhd dibayar RM290 juta setahun!. Kontrak konsesi ini sepatutnya dinilai semula malah cara bayaran dikaji mengelakkan konsesi mudah mendapat bayaran tetapi tidak melaksanakan kerja.

Kerajaan Negeri membuang lebih RM500 juta wang rakyat akibat 'mark up' yang melampau. Jika dana konsesi ini dapat dipotong dan wang RM500 juta disalurkan kepada rakyat melalui projek pembangunan kampung adalah lebih baik.  Di kala Covid-19 dan rakyat susah RM500 juta cukup banyak dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Tidak kisah sama ada kontrak itu sejak zaman Tan Sri Musa  Aman atau Shafie Apdal jika boleh dinilai kembali untuk manfaat rakyat, kerajaan GRS mesti melakukannya.

Cuma hairan ke mana SPRM? selesaikah siasatan RM1.5  bilion rundingan terus itu? Atau SPRM terus tidur....yang pasti kontrak kroni Datuk Peter Anthony terus berjalan dan dia menjana wang setiap bulan dan diam-diam berusaha  membeli sesiapa saja adun dalam kerajaan GRS. 

 

16 Comments