Philip Among ditahan Polis cabul peserta Unduk Ngadau
07:06 Jun 04, 2021  |  By SabahKini2
Philip Among ditahan Polis  cabul peserta Unduk Ngadau

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

KOTA KINABALU: Bekas Pemimpin STAR digantung Philip Among yang juga penyelaras Parlimen Putatan didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, sudah ditahan polis selepas membuat sidang media di pejabatnya di Asia City.

Difahamkan, sidang media berkenaan dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya

Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk hadir dirakam keterangannya.

Katanya, wanita berusia 20-an itu dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Susulan tular kes Philip parti STAR melalui pengumumannya telah menggantung keahliannya.

[ARTIKEL BERKAITAN- STAR gantung Philip Among dakwaan mencabul peserta Unduk Ngadau ]

STAR gantung Philip Among dakwaan mencabul peserta Unduk Ngadau

 

5 Comments