SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal!
17:09 Sep 02, 2021  |  By SabahKini2
SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal!

Norazlan TKP Pencegahan SPRM baharu. Hishammudin Pengarah Siasatan dan Datuk Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM. Mampukah SPRM berubah kerana Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA SPRM 'Kaki Aniaya' pro PH dikekalkan.

SPRM melakukan rombakan semalam (2 September) Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Norazlan, 57, menggantikan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib. Shamshun April lalu kontroversi perang mulut dengan Pengerusi SPA Tan Sri Zainal Abidin Seman melalui kenyataan Shamshun tahun 2016 merupakan Peristiwa Hitam SPRM. Bagaimanapun beliau menafikan kenyataan itu.


Norazlan dilihat calon TKP SPRM (Pencegahan) yang sesuai menggantikan Shamshun. Menurut SPRM, Norazlan mula menyertai SPRM pada 9 Februari 1989 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengarah SPRM Johor.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Hishamuddin Hashim dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu menggantikan Norazlan berkuat kuasa pada tarikh sama.

"Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Datuk Tan Kang Sai dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas menggantikan Hishamuddin," demikian menurut kenyataan itu. 

Mengapa SPRM tak tukar Zamri Zainul Abidin Pengarah
Bahagian Pencegahan Wang Haram yang bersekongkol dengan Pakatan Harapan?

Umum mengetahui SPRM sebelum ini digunakan oleh  Kerajaan PH untuk memangsakan musuh politik PH. Mereka diburu, harta dirampas, sita, wang dibeku, diheret ke mahkamah dengan pelbagai tuduhan' tidak masuk akal'. Tembak dulu kalah menang di mahkamah belakang cerita.

Paling mengejutkan Pakatan Harapan melantik Peguam PKR Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Lantikan Latheefa Koya merupakan titik hitam kepada SPRM kerana sikap orang politik pasti akan memusuhi lawan politiknya. Pada Mac 2020 Latheefa dan Zamri berbangga mendedahkan 9 audio rakaman kepada khalayak menyerang Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kes 1MDB/SRC yang sepatutnya bukti dibawa ke mahkamah tetapi sebaliknya menjadikan serangan persepsi awam. Latheefa sendiri tidak dapat mengesahkan ketulenan audio itu.

SPRM menjadi alat politik paling ketara di zaman Dato’ Seri Shukri KP SPRM selepas melantik  KPKPj Mohamad Zamri Zainul Abidin sebagai Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram. Bukan lagi rahsia Shukri mengarahkan kes Shafie Apdal ditutup, saksi pegawai kerajaan yang miliki akaun RM29 juta dibebaskan tidak didakwa malah dilantik lagi jawatan kanan di kementerian lain. 

[ARTIKEL BERKAITAN- PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]

Jika SPRM berani bukalah kes Shafie dan dakwalah pegawai yang terlibat sekarang. Rakyat cabar SPRM terutama Bahagian Operasi Khas yang baru di rombak membukanya. SPRM buktikan Shafie Apdal boleh didakwa sebelum PRU15 diadakan. 

Zamri melakukan apa saja menganiaya orang politik atau sesiapa saja diarahkan oleh Pakatan Harapan.  Zamri sangat berkuasa ketika Latheefa Koya KP SPRM. Tugas beliau ialah meluaskan pendakwaan kes AMLA dan melucutkan harta di bawah Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Datuk Seri Najib dan mereka yang disyaki menerima wang 1MDB antara paling banyak berhadapan pelucutan harta atau wang. Begitu juga ada lebih 40 pertuduhan terhadap Zahid Hamidi yang kelihatan tidak masuk akal.

Tugas Zamri mudah, salah tak salah tak penting. Wang atau aset disita dan cukup masa didakwa bawah AMLA atau melalui pelucutan hak. Paling penting malukan pihak yang dituduh. Mereka diadili oleh media dan netizen. SPRM tidak lagi mengambil kira soal bagaimana jika SPRM kalah di mahkamah kerana terburu-buru asalkan ikut 'bos' pemerintah PH ketika itu.

 Cium Mulut: Latheefa Koya dan Zamri

Shukri, Zamri Bersekongkol dengan PH

Jika Kerajaan PH tidak tumbang Mac 2020, sampai mati rakyat tidak akan tahu salah guna kuasa Lim Guan Eng dan Dr Mahathir mengarahkan  Peguam Negara Tommy Thomas dan Shukri SPRM KP SPRM membatalkan pembekuan akaun Taikun DAP Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group. Shukri dan Zamrilah orang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Peguam Negara dan Lim Guan Eng cara menyelamatkan wang Taikun DAP itu. Apakah menyelamatkan wang Taikun DAP yang dibeku sebagai sesuatu yang tidak salah sedangkan dalam masa sama SPRM membekukan akaun pihak lain dan melakukan saman sivil pelucutan hak wang?.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP ]

Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP

 

Akibat tindakan Zamri!

Lantaran itu tidak hairanlah kes -kes pelucutan hak SPRM tewas banyak kali mahkamah. Banyak dilaporkan media. Antara yang paling popular ialah bulan Februari 2020 apabila Mahkamah Tinggi  menolak permohonan (Kerajaan) SPRM untuk melucut hak harta UMNO, Wanita MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah hampir RM194 juta.Daripada jumlah itu, UMNO mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM192.9 juta diikuti Syarikat Binsabi Sdn Bhd (RM 777,250), Syarikat Perano Sdn Bhd (Habib) (RM337,634.78) dan Wanita MCA (RM300,000). Banyak lagi kes sebelum itu seperti pelucutan hak wang UMNO Sabah RM1 juta pada disember 2019

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM gagal lucut hak harta UMNO RM192.9 juta, MCA, dua syarikat ]

Terbaru SPRM kalah lagi di Mahkamah Rayuan pada 2 September apabila Mahkamah Rayuan  menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang jutaan ringgit milik UMNO dan Wanita MCA serta enam entiti lain. 

Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan pendakwaan dan bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa duit yang diterima daripada Najib adalah pembayaran bagi perkhidmatan yang diberikan oleh responden kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Responden menyokong kes mereka dengan bukti dokumen seperti invois. Selain itu responden juga tiada pengetahuan dan sebab untuk mengesyaki bahawa duit yang diterima daripada Najib adalah hasil aktiviti haram.

"Hakim Mahkamah Tinggi berpendapat adalah tidak adil untuk melucut hak terhadap duit responden tanpa bukti daripada pendakwaan bahawa wang berkenaan adalah hasil aktiviti haram dan menolak permohonan pendakwaan," 

Tak mungkin Zamri dan pasukannya di Bahagian Pencegahan Wang Haram SPRM terlalu BODOH, tidak terfikir hujah-hujah keputusan mahkamah itu sebelum di bawa ke perbicaraan mahkamah? 

Harapan rombakan SPRM

Persoalan besar mengapa Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak menukar Mohamad Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram ini ke bahagian lain? Beliau sendiri melihat bagaimana Zamri memperlekehkannya ketika Latheefa sebagai KP SPRM. Mengekalkan Zamri tidak membawa apa-apa perubahan kepada SPRM. Baru-baru ini Sultan Selangor juga murka kepada SPRM kerana gagal membuat pendakwaan pantas kepada pesalah rasuah di Selangor.

Latheefa berkuasa...

Cabaran besar buat Datuk Tan Kang Sai, Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan yang kini mengisi jawatan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas. Beliau bukan asing kerana sebelum ini pernah sebagai Timbalan Pengarah di Bahagian itu.


Datuk Tan Kang Sai di BOK dan Datuk Hishamuddin Hashim Bahagian Siasatan

Datuk Tan Kang Sai mesti berani dan agresif menyiasat kes di Bahagian Operasi Khas (BOK). Beliau tidak boleh bertangguh lagi seperti sebelum ini.

Di harap beliau berani menyelesaikan siasatan kes rasuah RM1.5B di Sabah yang tertangguh melibatkan Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya Raya Sabah sebelum ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN-Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? ]

45 Comments