Terima wang UKSB, Shafie Apdal kata ‘tidak mahu komen’
03:06 Jun 22, 2022  |  By SabahKini2
Terima wang UKSB, Shafie Apdal kata ‘tidak mahu komen’

Muhyiddin, Anifah, Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican telah membuat penafian terima wang UKSB. Hanya Shafie dan Hishammuddin belum berbuat sedemikian secara rasmi. Selama ini mereka 'tunggu dan lihat' reaksi rakyat.

Muhyiddin, Anifah, Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican telah membuat penafian menerima sejumlah dana daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) yang terbabit dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kesemua setakat ini menyatakan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berkenaan dakwaan itu.

Sekalipun pengakuan bekas pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) dan David Tan dalam perbicaraan itu mengesahkan pemberian dana oleh UKSB maka wajar diserahkan kepada pihak SPRM.

Bagaimanapun dua pemimpin lagi iaitu Datuk Seri Shafie Apdal Bekas Ketua Menteri Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien belum membuat penafian.

Shafie Apdal yang ditemui media di Pejabat Perhubungan Parti Warisan Negeri Sembilan baru-baru ini ketika ditanya mengenai pemberian dana UKSB itu berkata enggan memberi sebarang penjelasan berhubung pendedahan di mahkamah itu.

“Saya tidak mahu komen perkara itu, tunggu hari lain,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Presiden Parti Warisan itu mengambil jalan ‘tunggu dan lihat’ namun dengan penafian empat pemimpin yang terkait kes dana UKSB pastinya Shafie Apdal dan Hishammudin Hussien tiada pilihan dijangka mengambil jalan yang sama.

[ARTIKEL BERKAITAN- Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta daripada UKSB ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Tidak kenal David Tan, Anifah Aman nafi terima wang daripada UKSB

[ARTIKEL BERKAITAN-  Giliran Reezal Merican nafi terima dana UKSB

[ARTIKEL BERKAITAN-  Khairy nafi terima dana daripada UKSB

 

 

2 Comments