LCS wujud! Kereta terbang PH 'no delivery date', RM20 juta dirembat Syarikat kroni Aerodyne, mana PAC?
19:08 Aug 13, 2022  |  By SabahKini2
LCS wujud! Kereta terbang PH 'no delivery date', RM20 juta dirembat Syarikat kroni Aerodyne, mana PAC?

Boustead Naval Shipyard buktikan LCS wujud! tapi bagaimana dengan kereta terbang PH? Ghaib dan tiada 'delivery date'. PAC 2019 juga buktikan Aerodyne diberikan RM20 juta namun sehingga sekarang tiada kereta terbang. Syarikat kroni juga rugi.

Pakatan Harapan menggunakan PAC menyerang kerajaan isu kapal tempur pesisir (LCS) yang kononnya tidak wujud tetapi telah dibayar RM6 bilion.

Bagaimanapun Boustead Naval Shipyard (BNS) pada Sabtu (hari ini) menunjukkan lima kapal tempur pesisir (LCS) yang kini dalam pembinaan dengan kapal pertama telah siap 60 peratus.

Menerusi satu lawatan bersama pengamal media, Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jumaat berkata, kerja pembinaan ke atas kelima-lima LCS yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut itu masih berjalan.

Keadaan bahagian dalam LCS 1 yang telah mencapai pembinaan 60 peratus.

Menurutnya, kapal pertama telah menunjukkan perkembangan sehingga 60 peratus, kapal kedua (LCS 2) mencapai 48 peratus, LCS 3 (43 peratus), LCS 4 (36 peratus) dan LCS 5 (22 peratus).

"Lima kapal yang dalam pembinaan dengan pelbagai peringkat untuk disiapkan ini menandakan RM6 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan itu telah dibuktikan.

Kereta terbang!

Itu adalah kapal kapal tempur pesisir (LCS). Bagaimana pula dengan laporan PAC mengenai Kereta terbang tahun 2019 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan? Hari ini Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) berkenaan projek itu. Katanya bila 'delivery date' kereta terbang itu? Beberapa media turut melaporkan troll Najib itu.

Sangat ironik Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof atau Pakwan kini adalah Pengerusi BHIC.
Bezanya LCS tak hilang 
kereta terbang 'halimunan'

Apa yang pasti laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai kereta terbang telah keluar 2019 dan terbukti RM20 juta lesap tanpa siapnya kereta terbang. PAC bawah PH sekarang wajar membincangkannya.

Jika menurut media tahun 2019 Menteri PH yang bertanggungjawab ketika itu ialah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Bekas Menteri Pembangunan Usahawan projek itu telah siap 85%.

Namun di mana projek itu?

Sabahkini2 telah melaporkan  sebelum ini mengenai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne).

Menurut jawatankuasa itu, dana itu disalurkan kepada Aerodyne melalui syarikat VentureTech Sdn Bhd (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Dananya diuruskan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang lebih awal mempromosikan kereta terbang. 

LAPORAN PENUH PENYELEWENGAN DANA PROJEK KERETA TERBANG OLEH AERODYNE VENTURE SDN BHD 

Kereta terbang yang dimaksudkan itu pernah kecoh pada Mac 2019 di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima ’19) dikenali sebagai Vector di Pusat Pameran Antarabangsa (MIEC) rekaan daripada Aerodyne Group yang menjadi bahan lawak rakyat ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- PAC Siasat: RM20 juta wang rakyat lesap hanya syarikat dron Aerodyne bukan kereta terbang! ]

CEO Aerodyne Ventures Sdn Bhd juga  memaklumkan prototaip itu telah dipasang di Jepun dan belum dilancarkan hingga kini.

 

Vector yang digembar-gemburkan..tetapi akhirnya rembat RM20juta duit rakyat

 

Isu kereta terbang itu senyap tahun 2019. Namun sekali lagi Sabahkini2 mendapati terdapat isu baru projek Aerodyne Ventures Sdn Bhd dan kereta terbang itu.

3 tahun berlalu kereta terbang tetap tidak wujud. Ke mana penggunaan wang rakyat RM20 juta itu kerana tidak digunakan untuk tujuan asal ‘Kereta terbang'.

Kereta terbang lesap, RM20 juta duit rakyat lebur, Syarikat Aerodyne catat kerugian RM6.6 juta tapi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed dilantik pula sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia. Syarikat gagal, rugi tetapi CEO boleh dilantik BOD BNM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kereta terbang lesap, RM20 juta duit rakyat lebur, Syarikat Aerodyne rugi RM6.6 juta tapi CEO dilantik BOD BNM ]

Aerodyne Ventures Sdn Bhd didapati hanya membelanjakan duit itu bagi bantuan sewa pejabat, beli peralatan komputer dan ubah suai pejabat. Pembangunan kereta terbang entah ke mana!. Hanya sebuah syarikat dron penipu yang terkenal di negara ini.

Antara Pemegang saham Syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd ialah VentureTech Sdn Bhd, Kumpulan Wang Persaraan, Axiata Digital Innovation Fund Sdn Bhd, Indorama Group investment dan lain-lain lagi.

Aerodyne Ventures hanya memindahkan wang pelaburan kerajaan dan syarikat pelabur dalam bentuk aset tetapi syarikat diisytiharkan rugi. Tugas Kamarul ialah menarik segala banyak mungkin dana pelaburan. Bila ROI kepada pelabur dapat kembali tak penting.

 


 

Terbaru menurut sumber Menteri JPM (Ekonomi) Dato' Sri Mustapa bin Mohamed bukan sahaja telah membawa Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed sebagai BOD Bank Negara Malaysia tetapi juga sebagai Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi.  


Patutlah BNM pun ke arah nak melingkup....dengan banyak cadangan bodoh.
Semuanya kerana BOD

Tokpa juga meluluskan syarikat Aerodyne RM200 juta dana melalui ICU JPM sebahagiannya untuk dana projek 'tipu' macam kereta terbang dan sebahagian lagi untuk dana PRU-15. 

Nampak tak syarikat yang gagal membina kereta terbang terus diberi jawatan malah peruntukan ratusan juta. Tokpa dah tak ada orang lain ke nak dibantu. Orang yang lesapkan RM20 juta dan lingkupkan geran kerajaan juga dia pilih.

 

 Tokpa percaya syarikat penipu..duit ambil projek gagal

 

22 Comments