Datuk Teo Wee Cheng MD SHH Resources Holdings Berhad kroni Muhyiddin didakwa rasuah RM12.8 juta
12:02 Feb 23, 2023  |  By SabahKini2
Datuk Teo Wee Cheng MD SHH Resources Holdings Berhad kroni Muhyiddin didakwa rasuah RM12.8 juta

Selepas Wan Saiful Wan Jan, Adam Radlan dan kini Datuk Teo Wee Cheng kroni Muhyiddin didakwa rasuah terima wang RM12.8 juta. SHH Resources Holdings Berhad bukan asing kepada keluarga Muhyiddin kerana abangnya pernah jadi Pengerusi syarikat sejak 2001-2017

Ahli perniagaan rakan baik Muhyiddin, Datuk Teo Wee Cheng Pengarah Urusan SHH RESOURCES HOLDINGS BHD didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.8 juta berkaitan projek Jana Wibawa, antara Julai 2021 hingga Oktober 2022.

Bagaimanapun Datuk Teo Wee Cheng mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Teo Wee Cheng yang baru saja melepaskan jawatan Pengarah Urusan SHH Resources Holdings Berhad didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan RM3.9 juta dan RM7.4 juta, yang juga 10 peratus daripada harga kontrak membabitkan program Jana Wibawa yang bernilai RM39.7 juta dan RM74 juta.


Teo Wee Cheng- dah kantoi terpaksa letak jawatan MD

Ia masing-masing bagi projek menaiktaraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, di Segamat dan membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan Felda Waha, di Sedili, Kota Tinggi.

Ia sebagai upah bagi membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn Bhd mendapatkan projek itu selain mendorong Syarikat Liku Prestasi Sdn Bhd yang memperoleh projek di Kota Tinggi supaya melantik Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd sebagai sub kontraktor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Wee Cheng di Pejabat Trimetro Development Sdn. Bhd, Jalan Majidi, Muar antara Julai 2021 dan Mei hingga Jun 2022.

Wee Cheng juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta bagi projek menaiktaraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, di Segamat dan membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan Felda Waha, di Sedili, Kota Tinggi.

Semua kesalahan itu pula didakwa dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022.

Kesemua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah II, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib sementara tertuduh diwakili peguam bela Cains Tan.

Hakim kemudian membenarkan Wee Cheng diikat jamin sebanyak RM500,000 menerusi wang cagaran dengan seorang penjamin warga tempatan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai kes.

Hakim turut memerintahkan wang cagaran berkenaan diserahkan pada hari ini juga.

Mahkamah turut menetapkan 17 Mei depan sebagai sebutan kes dan serahan dokumen.

Kontroversi Datuk Teo Wee Cheng

Nama Teo Wee Cheng pernah didedahkan di mahkamah dalam perbicaraan kes UKSB pada tahun lepas.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu juga menerima sumbangan dana politik (sebanyak RM1.3 juta) daripada UKSB menerusi rakan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang juga Pengarah SHH Resources Sdn Bhd," katanya.

Hubungan rapat Muhyiddin dengan Teo Wee Cheng bukan baru beliau merupakan penyumbang dana besar kepada kempen Muhyiddin di Parlimen Pagoh. Abang Muhyiddin Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yassin pernah dilantik Pengerusi SHH Resources Holdings Berhad sejak tahun 2001 hinggalah meletak jawatan pada tahun 2017. Hubungan Muhyiddin dan Teo Wee Cheng tidak pernah terputus sehingga beliau menjadi PM dan mendapat manfaat dengan projek seperti di atas.

 

 

12 Comments