Cadangan Sabah benarkan pekerja ladang warga asing bawa keluarga dikecam rakyat
09:07 Jul 01, 2018  |  By SabahKini2
Cadangan Sabah benarkan pekerja ladang warga asing bawa keluarga dikecam rakyat

Teruk dikecam rakyat Sabah berhubung memberikan pas khas warga asing, Warisan mula U-Turn. Setiausaha Agungnya akan menyaman sesiapa sahaja yang mengkritik Shafie Apdal kerana projek IC 2.0

KOTA KINABALU- Bimbang dengan kebangkitan rakyat Sabah mengecam tindakan Kerajaan Negeri bakal memberi permit atau dokumen sah bagi memutihkan PATI di Sabah Parti Warisan akhirnya cuba mengawal persepsi itu dengan menggesa perbincangan meja bulat diadakan dihadiri oleh semua pihak berkepentingan untuk menentukan bagaimana untuk meningkatkan penyertaan rakyat tempatan dalam sektor yang didominasi oleh pekerja asing.

Laporan portal The Malaysian Insight bahawa Kerajaan Sabah bercadang membenarkan pekerja ladang warga asing bawa keluarga turut mengundang kemarahanan rakyat. Rakyat mengaitkan ini adalah gerakan Projek IC 2.0 tidak lagi malah Persatuan-persatuan Majikan Sabah (SEA) menggesa kerajaan berhati-hati dengan cadangan berbahaya ini.

Setiausaha agung Warisan Loretto Padua Jr berkata sebaik-baiknya, apa yang kita  mahu lihat  ialah anjakan daripada bergantung kepada pekerja asing kepada pekerja tempatan. 

"Tetapi kita tidak tahu sebab sebenar mengapa rakyat tempatan menghindari atau tidak berminat untuk bekerja dalam sektor yang dikuasai oleh rakyat asing. Adakah kerana ia berbahaya, kurang glamor, tidak mempunyai prospek bagi kemajuan kerjaya atau gaji yang rendah?

"Ini kerana jika ita hendak menangani semua aduan dan pertelingkahan mengenai pekerja asing dan pekerja tanpa izin di negeri ini, maka rakyat tempatan perlu mengambil alih tempat mereka," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini dilihat U-Turn dari cadangan Kerajaan Warisan sebelum ini.

Padua mencadangkan supaya diperkenalkan mekanisasi di ladang, terutama untuk penanaman dan penuaian bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing dan pada masa yang sama, menarik penduduk tempatan ke sektor itu melalui tenaga kerja kurang intensif.

Warisan akan meneliti perkara ini secara serius dan mungkin sudah tiba masanya untuk memulakan perubahan utama minda. Kita harus mengubah pandangan kita mengenai pekerjaan semacam itu agar ia tidak lagi  dianggap bergaji rendah tetapi sebaliknya sebagai sumber pendapatan yang sesuai.

Bagaimanapun Padua mengecam pihak yang mengkritik langkah memberi pas khas untuk pekerja asing di Sabah seperti dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Shafie  Apdal sambil berkata menafikan ia langkah projek IC untuk memberi warga asing  yang tinggal secara di negeri ini. 

"Jika ada pihak yang mendakwa melalui media sosial bahawa Warisan cuba memberikan  taraf kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin melalui pengeluaran pas khas, saya mahu mereka membuat dakwaan itu secara terbuka dan kita akan menangani tuduhan tersebut melalui  saluran yang sah," katanya berbaur ugutan kepada Shafie Apdal dan Warisan.

Padua berkata cadangan itu dikemukakan memandangkan keperluan untuk mengawal selia, memantau dan merekodkan  semua warga asing di Sabah. Untuk rekod menurut Persatuan-persatun Majikan Sabah jumlah 137,676 pekerja asing berdaftar 2017 jauh lebih kecil berbanding 800,000 pendatang asing tanpa izin yang dipercayai tinggal di Sabah ketika ini meliputi semua sektor di luar perladangan termasuk industri perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Apakah dengan menggunakan cara imigresen ini isu pekerja asing dan kekurangan tenaga kerja benar-benar selesai di Sabah?. 

5 Comments