Menteri Pembangunan dan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony yang juga dahulu pemilik Syarikat kontroversi di KKLW,  Asli Jati Engineering Sdn Bhd berkata, langkah itu sebagai usaha penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk mengatasi beberapa masalah yang wujud termasuk mengenalpasti kaedah mengurangkan kos.

"Kementerian telah diarahkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal supaya memperhalusi dan menilai semula kontrak-kontrak bagi projek untuk tujuan penambahbaikan.

"Sebelum ini projek melantik konsultan kini JKR akan menilai semula projek itu. katanya. 

Mengulas lanjut Peter berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan sebagai pihak pemantau bagi memastikan pelaksanaan projek berkenaan dapat diteruskan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Jawatankuasa tersebut terdiri daripada pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dibawah kementerian ini dan Kementerian Kewangan.

Projek tersebut dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2016 menelan belanja sebanyak RM12.8 bilion bakal memberi kemudahan kepada kira-kira 3.7 juta rakyat sekali gus memberi jaminan kepada perkhidmatan pengangkutan bandar dan luar bandar yang lebih kondusif dan selamat.

Fasa pertama projek infrarakyat berkenaan melibatkan jajaran sepanjang 706 kilometer dari Sindumin ke Tanjung Simpang Mengayau di pantai barat dan dari Ranau ke Sandakan, Lahad Datu dan Tawau di pantai timur negeri ini.

Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. (BHP) yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui keseluruhan projek berkenaan meletakkan keyakinan penuh bahawa projek yang sedang giat dilaksanakan menerusi 35 pakej akan siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan iaitu 31 Disember 2021.

Datuk Peter sebelum pilihanraya ditahan SPRM kerana kes salahlaku rasuah RM1.5b di KKLW. Paling kontroversi ialah kes curi deposit wang RISDA RM15 juta yang dimasukkan dalam akaun syarikat Datuk Peter Anthony. Sehingga sekarang Michele Ubu Peguam Peter hilang tidak dapat dikesan oleh SPRM dan PDRM.

Sekarang Menteri Pembangunan dan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony ini sudah mengintai projek Pan Borneo atas arahan Shafie Apdal. Nampaknya kroni-kroni Shafie Apdal akan terus kenyang di Sabah.