Pengerusi LPA Yayasan Sabah belanja RM10 juta 2 minggu selepas dilantik. Apa lagi selepas ini?
10:07 Jul 27, 2018  |  By SabahKini2
Pengerusi LPA Yayasan Sabah belanja RM10 juta 2 minggu selepas dilantik. Apa lagi selepas ini?

Walaupun kes mahkamah antara Musa Aman dan Shafie diputuskan mahkamah 3 September nanti pelantikan sebagai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah menunjukkan bahawa Shafie Apdal kini boleh membelanjakan wang Yayasan Sabah yang kaya sumber itu.

KOTA KINABALU: Selepas Shafie Apdal mengambil alih Yayasan Sabah secara rasmi sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkuatkuasa 1 Julai 2018 hingga Jun 2023 melalui pelantikannya oleh TYT Negeri Sabah 12 Julai lalu semalam Shafie Apdal mengumumkan memberi RM10 juta kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, tahun ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bantuan itu bakal memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 5,000 pelajar cemerlang termasuk pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Mohd Shafie, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata insiatif itu adalah bukti komitmen kerajaan negeri baharu selain merupakan pelaburan jangka panjang dalam memperkasa pembangunan modal insan sekali gus melahirkan rakyat berilmu dan berpendidikan tinggi.

“Jika keadaan kewangan negeri bagus, jumlah bantuan ini akan ditingkatkan pada tahun depan kerana sektor pendidikan dan pembangunan sumber manusia menjadi keutamaan kerajaan negeri sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang Sabah Siri Ke-29.

Walaupun kes mahkamah antara Musa Aman dan Shafie diputuskan mahkamah 3 September nanti pelantikan sebagai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah menunjukkan bahawa Shafie Apdal kini boleh membelanjakan wang Yayasan Sabah yang kaya sumber itu.

Selepas ini Shafie Apdal pasti menggunakan dana kumpulan Yayasan Sabah itu bagi tujuan lain.

Untuk rekod pada Tahun 2017 dilaporkan Prestasi kewangan Kumpulan Yayasan Sabah terus meningkat dengan anggaran pendapatan sebanyak RM1.05 bilion berbanding RM850.33 juta tahun 2016, peningkatan sebanyak RM200 juta atau 24%.

Kumpulan itu dianggarkan meraih keuntungan sebanyak RM235 juta tahun 2017 berbanding RM50 juta tahun 2016, peningkatan sebanyak RM185.3 juta atau 373% yang disifatkannya pencapaian sangat baik.

Jumlah itu RM166 juta yang diperoleh sektor perladangan agro penyumbang terbesar kepada kumpulan Yayasan Sabah

“Sektor minyak dan gas dengan anggaran keuntungan RM42 juta dan seterusnya sektor pelancongan yang mencatat anggaran keuntungan sebanyak RM38 juta,” Ia sebagaimana pengumumam Yayasan Sabah tahun 2017.

Ketika Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman merupakan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Prestasi 57 anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, khasnya 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu berjaya mengagihkan dividen berjumlah RM232.5 juta kepada pemegang saham.

Fokus utama Kumpulan Yayasan Sabah sejak ditubuhkan pada 1968 ialah pendidikan yang merupakan pelaburan terbaik untuk melahirkan modal insan berintelek tinggi, berkemahiran dan memiliki sikap positif serta nilai murni bagi menggerakkan kemajuan Sabah.

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan secara keseluruhan membelanjakan RM648 juta untuk menaja 97,680 pelajar sepanjang 49 tahun penubuhannya.

Oleh itu perbelanjaan RM10 juta bagi tujuan tajaan pelajar cemerlang itu adalah perkara biasa bagi Yayasan Sabah atau program sosial lain.

Untuk rekod pada tahun 1994, Shafie Apdal pernah terlibat satu skandal Yayasan Sabah apabila satu proposal telah dikemukakan kepada KM Sabah ketika itu, Tun Sakaran Dandai untuk menubuhkan syarikat pelaburan atau 'investment arm' kepada Yayasan Sabah. Beberapa pemimpin terlibat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee dan seorang peniaga dari Sarawak pemilik syarikat NBT, sebuah listed company. Syarikat yang dicadangkan untuk mengambil alih aset Yayasan Sabah itu ialah syarikat Azam Takzim.

'Deal' untuk ambil alih aset Yayasan Sabah nilai berbillion itu telah pun mendapat kelulusan KM Sabah dan kabinet negeri juga tidak menghalang cadangan tersebut. Setelah Azam Takzim mengambil alih aset Yayasan Sabah, syarikat itu kemudian akan diambil alih NBT secara reverse takeover dan di senaraikan dalam BSKL. Ini bermakna Azam Takzim akan menjadi listed company dan bukan lagi milik penuh Yayaan Sabah dan di luar kawalan setelah ia menjadi syarikat awam.

Persoalannya apa lagi selepas ini apabila Shafie menguasai Yayasan Sabah? Netizen bimbang dalam keadaan keputusan kes saman Shafie dan Musa boleh diputuskan di mahkamah kisah rompakan Shafie Apdal dulu kembali berulang untuk menyambung apa yang gagal beliau lakukan dulu di Yayasan Sabah.

 

 

 

8 Comments