Rakyat Perlu Tahu: Cubaan Shafie Merompak Yayasan Sabah Digagalkan Musa
12:07 Jul 27, 2018  |  By SabahKini2
Rakyat Perlu Tahu: Cubaan Shafie Merompak Yayasan Sabah Digagalkan Musa

Yayasan Sabah hampir kehilangan Hutan Kayu Balak berbilion dalam Skandal Yayasan Sabah, NBT dan Azam Takzim didalangi Dato'Seri Shafie Apdal yang kini Presiden Warisan.

Pada tahun 1994, satu proposal telah dikemukakan kepada KM Sabah ketika itu, Tun Sakaran Dandai untuk menubuhkan syarikat pelaburan atau 'investment arm' kepada Yayasan Sabah. Beberapa pemimpin terlibat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee dan seorang peniaga dari Sarawak pemilik syarikat NBT, sebuah listed company. Syarikat yang dicadangkan untuk mengambil alih aset Yayasan Sabah itu ialah syarikat Azam Takzim.

'Deal' untuk ambil alih aset Yayasan Sabah nilai berbillion itu telah pun mendapat kelulusan KM Sabah dan kabinet negeri juga tidak menghalang cadangan tersebut.

antara media yang menyiarkan mengenai berita Yayasan Sabah ketika itu


Pada masa itu Musa bukan anggota kabinet negeri. Beliau adalah Pengerusi SEDCO dan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BOT) Yayasan Sabah.

Cadangan pengambil alihan aset Yayasan Sabah perlu mendapat persetujuan Ahli Lembagai Pemegang Amanah (BOT) Yayasan Sabah. Maklumat yang diperolehi Musa daripada kakitangan kanan Yayasan Sabah begitu merisaukannya. Setelah Azam Takzim mengambil alih aset Yayasan Sabah, syarikat itu kemudian akan diambil alih NBT secara reverse takeover dan di senaraikan dalam BSKL. Ini bermakna Azam Takzim akan menjadi listed company dan bukan lagi milik penuh Yayaan Sabah dan di luar kawalan setelah ia menjadi syarikat awam. Ahli Perniagaan dari Sarawak merupakan orang di belakang idea penubuhan Azam Takzim untuk mengawal syarikat itu melalui NBT.




Dalam mesyuarat pertama BOT Yayasan Sabah, Musa memberi pandangannya dan menyatakan kebimbangan itu kepada ahli-ahli lembaga yang lain tentang kemungkinan Sabah akan hilang kuasa pemilikan saham sekiranya syarikat itu disenaraikan kelak. Jika syarikat itu bukan lagi milik Yayasan Sabah, bermakna harta berbilion ringgit akan berpindah milik. Mesyuarat gagal mencapai kata sepakat dan ditangguhkan.

Pandangan Musa menjadikan dia tidak disenangi. Musa dianggap sebagai penghalang. Oleh itu, satu mesyuarat BOT Yayasan Sabah telah dirancang secara senyap-senyap dan diadakan semasa Musa mengikuti rombongan lawatan menteri, Tan Sri Joseph Kurup ke Pulau Pinang.

Walau bagaimana pun Musa telah dihubungi dua pegawai kanan Yayasan Sabah, Datuk Tengku Adlin dan Datuk Safari Manan memaklumkan mengenai mesyuarat khas BOT Yayasan Sabah yang akan diadakan pada keesokan harinya.

Musa yang mendapat pemakluman itu pada sebelah malam segera bergegas balik menaiki pesawat pertama dari Kuala Lumpur.

Ketibaan Musa dalam mesyuarat itu amat memeranjatkan kerana dia tidak dimaklumkan dan secara sengaja telah dirahsiakan daripada pengetahuannya. Mesyuarat BOT pagi itu khususnya membincangkan proposal Azam Takzim. Selepas beberapa orang memberi pandangan, tiba giliran Musa. Pertama sekali Musa meminta KM Sabah untuk tidak terlibat dalam mesyuarat itu kerana kemungkinan akan berlaku ‘conflict of interest’ disebabkan salah satu nama dalam syarikat Azam Takzim ada hubungan keluarga dengannya.

Tun Sakaran meninggalkan mesyuarat BOT. Timbalan Ketua Menteri, Yong Teck Lee dicadang mengambil alih mempengerusikan mesyuarat tapi Yong juga menolak dan Musa dicadangkan untuk menjadi pengerusi mesyuarat. Musa mencadangkan keputusan hendaklah ditangguhkan dan mohon perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Tidak lama selepas itu, Musa menjelaskan kepada Tun Mahathir di Kuala Lumpur. Tun Mahathir mengarahkan satu pasukan yang diketuai penasihat ekonomi Perdana Menteri ke Sabah untuk membuat siasatan lanjut mengenai proposal pengambil alihan aset Yayasan Sabah tersebut. Setelah membuat siasatan, akhirnya cadangan Azam Takzim telah dibatalkan.

Setelah mengetahui sejarah ini, sudah pasti kita tahu kenapa pemimpin yang gagal itu sentiasa melihat Musa Aman sebagai seteru politiknya. Orang yang telah menghalang dan menggagalkan rancangan besarnya.

Bayangkan tahun 1995 Yayasan Sabah hampir kehilangan Hutan Kayu Balak berbilion dalam Skandal Yayasan Sabah, NBT dan Azam Takzim didalangi Dato'Seri Shafie Apdal yang kini Presiden Warisan namun ada hati dalam ucapannya jika menang mahu menyusun Yayasan Sabah. Susun bagaimana curi aset Yayasan Sabah lagi ke?

Hari ini Yayasan Sabah terus cemerlang di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman. Prestasi kewangan Kumpulan Yayasan Sabah juga terus meningkat tahun 2017 dengan anggaran pendapatan sebanyak RM1.05 bilion berbanding RM850.33 juta tahun 2016, peningkatan sebanyak RM200 juta atau 24%.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kumpulan itu dianggarkan meraih keuntungan sebanyak RM235 juta tahun 2017 berbanding RM50 juta tahun 2016, peningkatan sebanyak RM185.3 juta atau 373% yang disifatkannya pencapaian sangat baik. RM166 juta yang diperoleh sektor perladangan agro merupakan penyumbang terbesar kepada kumpulan Yayasan Sabah.

Bukan itu sahaja Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan secara keseluruhan membelanjakan RM648 juta untuk menaja 97,680 pelajar sepanjang 49 tahun penubuhannya.

 

28 Comments