Rasuah LRT3: CEO Prasarana goyang kaki, Syarikat Hercules kenyang, KP SPRM lembap!
12:08 Aug 01, 2018  |  By SabahKini2
Rasuah LRT3: CEO Prasarana goyang kaki, Syarikat Hercules kenyang, KP SPRM lembap!

Siasatan SPRM hanyalah gimik dan wayang. Mereka hanya ikut drama Kerajaan PH

Baru sekarang KP SPRM terhegeh-hegeh mahu siasat rasuah dan salahlaku Prasarana dalam projek LRT? Dah berapa lama didedahkan bahawa syarikat yang Prasarana lantik tidak menepati piawaian malah sijil MS ISO 17025:2005 EN15129 dari JSM dari hasil rasuah

SPRM dilaporkan menyiasat Syarikat pengendali pengangkutan milik kerajaan Prasarana Malaysia Berhad. Prasarana pula menjamin kerjasama penuh dalam siasatan rasuah berhubung projek LRT3 dari Kelang ke Petaling Jaya.

Apa sekali pun kos projek itu SPRM telah memanggil beberapa orang ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan Prasarana yang bekerja dengan syarikat itu dari 2014 ke 2017.

Turut disiasat ialah konsultan, kontraktor dan rakan kongsi penyampaian syarikat yang terlibat dengan projek berkenaan.

Syarikat Prasarana dalam kenyataan medianya sebelum ini berkata ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanannya memandang serius salah laku yang boleh menggugat integriti dan reputasi syarikat.

Sabahkini2 telah mendedahkan sebelum ini bukan sahaja MRT malah LRT berlakunya rasuah. Tetapi SPRM nampaknya masih buta dan membiarkannya. Bukan sahaja kos mungkin bertambah tetapi melibatkan masalah nyawa penumpang apabila syarikat bermasalah iaitu SYARIKAT HERCULES ENGINEERING (SEA) SDN BHD terus dilantik. 

PENDEDAHAN SEBELUM INI


LAPORAN SALAH LAKU RASUAH SYARIKAT HERCULES ENGINEERING (SEA) SDN BHD. CARA PEROLEHAN SIJIL MS ISO:2005EN15129 MERAGUKAN HANYA 2 BULAN, TIADA TESTING MACHINE SERTA TIDAK MENCAPAI STANDARD SEBENAR. SELEPAS DITOLAK MRT BAGAIMANA HERCULES BAKAL DISYOR PROJEK LRT 3 OLEH KUMPULAN PRASARANA MALAYSIA BERHAD (PRASARANA)?

Empat Siri artikel yang dihantar oleh pembaca sudah mendedahkan siapa syarikat Hercules (SEA) Engineering Sdn Bhd. Syarikat yang kebal dan punya akses dengan jabatan serta GLC. Selepas Jabatan Standard Malaysia, MRT dan kini Prasarana pula.

1. 26 November 2017 : Nyawa penumpang MRT dan LRT dalam bahaya! Skandal Rasuah Ketua Pengarah JSM MOSTI didedahkan

Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129. Kenapa KP JSM bersekongkol bahayakan nyawa? Bagaimana syarikat yang tidak punya testing machine sebenar boleh mendapat MS ISO:2005/EN15129? Malah hanya 2 bulan diluluskan berbanding syarikat lain.

http://sabahkini2.com/en/news/343/hercules-engineering-sea-tiada-testing-machine-tapi-dapat-sijil-ms-iso2005en15129-kenapa-kp-jsm-bersekongkol-bahayakan-nyawa/view

2. 3 Disember 2017: Rakyat dalam bahaya! Hanya 2 bulan: Kilang 'Reban Ayam' dapat sijil MS ISO 17025:2005 EN15129

Tidak masuk akal JSM meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Syarikat yang bertaraf dunia dan mengikut piawaian ISO17025/EN15129 mengambil masa bertahun dan mustahil 2 bulan sahaja diluluskan

Di dalam dokumen tender MRT sendiri mereka menekankan piawaian dan standard yang amat tinggi sehinggakan pihak Konsultan yang di lantik oleh pihak MRT harus datang ke kilang tersebut untuk membuat testing dan menunjukkan LAB TEST DAN MACHINERY EQUIPMENT YANG MENGIKUT ISO17025 EN15129. Namun Hercelus Engineering Sdn Bhd tidak mempunyai standard itu sekian lama.

http://sabahkini2.com/en/news/204/rakyat-dalam-bahaya-hanya-2-bulan-kilang-reban-ayam-dapat-sijil-ms-iso-170252005-en15129/view

3. 15 Januari 2018: Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129.

Bagaimana syarikat yang tidak punya testing machine sebenar boleh mendapat MS ISO:2005/EN15129? Malah tidak ada penjelasan bagaimana tidak masuk akal JSM meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Saranan kepada siasatan SPRM ialah menyiasat konsultan yang dilantik JSM membuat penilaian terhadap Hercules Engineering.

http://sabahkini2.com/en/news/343/hercules-engineering-sea-tiada-testing-machine-tapi-dapat-sijil-ms-iso2005en15129-kenapa-kp-jsm-bersekongkol-bahayakan-nyawa/view

4. 10 Februari 2018: Hercules Engineering Syarikat Gagal: Mengapa CEO Prasarana baharu biarkan nyawa penumpang MRT-LRT 3 dalam bahaya?

Apa sudah jadi? Sudah tahu syarikat bermasalah dan penuh kontroversi dengan kes rasuah tetap diberi keutamaan oleh Prasarana. Apa hubungan istimewa mereka ini? Sebelum ini pihak Syarikat Prasarana tahu bahawa produk syarikat HERCULES ini telah gagal di MRT 2 dan pihak konsultan sendiri mengesahkan tidak meluluskan produk syarikat ini. Namun syarikat yang meragukan ini tetap dipanggil untuk menyertai tender Prasarana sedangkan mereka tahu kelemahan syarikat ini. Mengapa Masnizam Hisham CEO Prasarana baharu terus memberi peluang jika tahu syarikat tidak kompeten?

http://sabahkini2.com/en/news/446/-hercules-engineering-syarikat-gagal-mengapa-ceo-prasarana-baharu-biarkan-nyawa-penumpang-mrt-lrt-3-dalam-bahaya/posted


Menurut sumber dalaman pihak pengurusan perolehan Prasarana ingin mencadangkan kepada Lembaga Pengarah Prasarana dan MOF untuk memberikan Tender berikut kepada Hercules (SEA) Engineering Sdn Bhd;

i. SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION OF BRIDGE BEARING EASTERN 2 FOR PACKAGE BRG (E) 2 FOR LIGHT RAIL TRANSIT LINE 3 (LRT 3) FROM BANDAR UTAMA TO JOHAN SETIA

ii. SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION OF BRIDGE BEARING WESTERN 1 FOR PACKAGE BRG (W) 1 FOR LIGHT RAIL TRANSIT LINE 3 (LRT 3) FROM BANDAR UTAMA TO JOHAN SETIA

Apakah Prasarana juga menutup mata kepada syarikat Hercules Engineering yang telah banyak menipu dalam permohonan pensijilan dan pentauliahan. Apakah Masnizam Hisham CEO Prasarana tidak menyiasat syarikat ini?

Adakah beliau buta? Atau beliau pun turut bersekongkol? Oleh kerana Hercules pemain lama dalam industri memegang ramai pihak dalam MRT dan Prasarana jadi naiklah siapa sahaja CEO pun syarikat ini sudah berakar dan rasuah mereka tetap mengena.

"PUT YOUR FEET DOWN MASNIZAM AND TAKE ACTION AND TAKE CHARGE OF THIS SITUATION. IF YOU KEEP ON BEING BLIND AND TAKEN FOR A RIDE BY THE PROCUREMENT TEAM YOU BETTER RESIGN BEFORE WE EXPOSED MORE SCANDAL IN PRASARANA"

Jadi adalah berasas rantaian kes salah laku rasuah ini disiasat. MRT, Ketua Pengarah JSM MOSTI hinggalah kepada Masnizam Hisham CEO Prasarana. Kenapa SPRM lambat bertindak?

 

1 Comment