Rakyat dalam bahaya! Hanya 2 bulan: Kilang 'Reban Ayam' dapat sijil MS ISO 17025:2005 EN15129
15:12 Dec 03, 2017  |  By SabahKini2
Rakyat dalam bahaya! Hanya 2 bulan: Kilang 'Reban Ayam' dapat sijil MS ISO 17025:2005  EN15129

Tidak masuk akal SAMM meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Syarikat yang bertaraf dunia dan mengikut piawaian ISO17025/EN15129 mengambil masa bertahun dan mustahil 2 bulan sahaja diluluskan

Susulan surat pembaca yang disiarkan oleh editor Sabahkini2.com pada 26 November lalu berhubung "Nyawa penumpang MRT dan LRT dalam bahaya! Skandal Rasuah Ketua Pengarah JSM MOSTI didedahkan" pihak Ketua Pengarah JSM telah membuat penafian dan melaporkan kepada pihak Polis dan SKMM. Pihak pengadu pula melaporkan kepada pihak SPRM. Kenyataan media Ketua Pengarah JSM disiarkan Berita Harian online pada 28 November 2017. Pihak JSM dan MOSTI juga menyebarkan infografik menjawab isu yang dibangkitkan.

Sebagai Ketua Pengarah JSM beliau wajar membela dirinya bagaimanapun sebagai Ketua Jabatan beliau wajar menyiasat penglibatan para pegawainya. Jika beliau melaporkan kepada pihak polis dan SKMM beliau juga wajar serta bersedia disiasat SPRM berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sebelum ini.  Pihak pengadu telah menghantar jawapan balas dan pihak editor tiada halangan menyiarkan aduan pihak pengadu bernama Abdul Rahim Majid itu. Diharap pihak berkuasa mengambil kira juga aduan yang dibuat oleh pengadu.

Berikut Bahagian II:  Kenyataan Abdul Rahim Majid 

Apa lagi pihak SAMM dan Datuk Fadilah nak buktikan, sememangnya ada unsur salah guna kuasa dan rasuah, KAMI CABAR DATUK FADILAH UNTUK MEMANGGIL "INDEPENDENT AUDITOR SEPERTI TUN ABDUL RAZAK CENTRE UNITED KINGDOM MILIK KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MEMBUAT AUDIT KE ATAS TEST LAB MILIK SYARIKAT HERCULES ENGINEERING SAMA ADA MEREKA QUALIFY UNTUK TEST EQUIPMENT USED IN AN ISO17025 ACCREDITED LABORATORY FOR TEST METHODS IN EN15129"


Datuk Fadilah perlu  memberi gambaran yang jelas kepada rakyat Malaysia dan pengusaha industri pembuatan berhubung kes kelulusan untuk Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd:

1. Bagaimana sijil ini boleh diperoleh begitu mudah bagi syarikat yang langsung tidak mempunyai "test lab" atau "machine equipment" yang betul?

2. Pihak SAMM selalunya menggunakan atau melantik "part time assessor". Mungkin dengan cara ini ketirisan dan tidak ketelusan berlaku. Dari sini kita sudah boleh lihat unsur untuk memberi rasuah adalah tinggi kerana, mereka ini adalah orang luar dari jabatan atau orang jabatan

3. Pihak SAMM harus membuat siasatan kepada orang yang dilantik untuk membuat assesment dan orang yang membuat "recommendation" ke atas kilang, lab dan machinery milik Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Pihak yang terlibat perlu dikenal pasti, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan

4.  Pihak SAMM harus appoint independent Lab ASSESMENT seperti TUN ABDUL RAZAK CENTRE IN UNITED KINGDOM untuk membuat audit sama ada lab dan machinery equipment milik syarikat Hercules Engineering Sdn Bhd qualify untuk PENSIJILAN ISO17025 DAN TEST METHOD UNTUK MEMENUHI KRITERIA EN15129

5. Pihak SAMM harus meminta kilang HERCULES ENGINEERING (SEA) SDN BHD untuk menunjukkan Test Lab dan equipment testing mereka adakah standard INTERNATIONAL dan buktikan boleh melakukan segala test method mengikut EN15129. BUKTIKAN DAN TUNJUK KEPADA RAKYAT YANG KILANG INI BUKAN UMPAMA KILANG REBAN AYAM. KAMU SEBAGAI KETUA PENGARAH PERGI SENDIRI KE KILANG TERSEBUT DAN LIHAT, JANGAN DUDUK PEJABAT SAHAJA

6. Adalah tidak masuk akal SAMM  meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Ini kerana syarikat yang bertaraf dunia dan mengikut piawaian ISO17025/EN15129 mengambil masa bertahun dan mustahil 2 bulan sahaja diluluskan oleh Datuk Fadilah dan jawatankuasanya. Ini adalah kerja gila. SAYA CABAR PIHAK SAMM MEMBUAT AUDIT KEATAS KILANG MILIK SYARIKAT LAIN DI MALAYSIA YANG MEMPUNYAI SIJIL SAMM YANG SAMA, DAN LIHAT BETAPA BEZANYA KILANG MEREKA DENGAN KILANG REBAN AYAM HERCULES ENGINEERING SDN BHD. HANYA DARI SANA DATUK FADILAH BOLEH MENGETAHUI PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA BERLAKU. JIKA BELIAU TIDAK MELAKUKANNYA PASTI DILAKUKAN OLEH ANAK-ANAK BUAHNYA. INI TANGGUNGJAWAB BELIAU MENYELESAIKAN SEBAGAI KETUA PENGARAH JABATAN STANDARD MALAYSIA.

7. SAMM berkelakuan tidak adil langsung dan tidak profesional meluluskan sijil kepada syarikat yang hanya memberi rasuah untuk kelulusan sijil ISO. Syarikat di negara ini yang menceburi bidang ini sendiri melabur jutaan ringgit untuk memasikan keselamatan rakyat dan kualiti produk bertaraf antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh Jabatan Standard Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Fadilah melakukan perkara ini. Bagaimanakah beliau layak dilantik sebagai Ketua Pengarah JSM?

8. Skandal Pensijilan ini akan menjejaskan nama baik "Standard Malaysia" di mana secara langsung akan menjejaskan nama baik apa jua keluaram produk buatan Malaysia. Syarikat yang mempunya pensijilan yang betul dan sahih akan mengalami image yang teruk dan menjejaskan perniagaan mereka. Jadi laporan dan aduan ini sangat berasas sama ada ia dilakukan secara tertutup atau terbuka. Jika Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd setanding dalam persaingan tidak mengapa tetapi hakikatnya jelas "kilang reban ayam' diberi sijil ISO. 

9. DI DALAM DOKUMEN TENDER MRT SENDIRI MEREKA MENEKAN PIAWAIAN DAN STANDARD YANG AMAT TINGGI SEHINGGAKAN PIHAK CONSULTANT YANG DI LANTIK OLEH PIHAK MRT HARUS DATANG KE KILANG TERSEBUT UNTUK MEMBUAT TESTING DAN MENUNJUKKAN LAB TEST DAN MACHINERY EQUIPMENT YANG MENGIKUT ISO17025 EN15129. Namun Hercelus Engineering Sdn Bhd tidak mempunyai standard itu sekian lama. Hercules bersekongkol dengan Project Director MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd – SSP Line, Elevated MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd bagi projek membekal bahan getah'mechanical port bearing' membelakangkan semua nasihat konsultan adalah satu perkara namun tak kan kini Jabatan Standard Malaysia di bawah MOSTI pula mahu bersekongkol dengan Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd! Pihak Polis dan SPRM wajar menyiasat juga perkara ini kerana ia melibatkan nyawa penumpang MRT dan LRT jika meluluskan syarikat yang tidak layak. Ini contoh spesifikasi tender MRT.



10. Pihak SAMM dan  Datuk Fadilah disarakan berhubung sendiri dengan pihak Konsultan GAMUDA/MMC ATAU MRT CORP sama ada CONSULTANT MEREKA PERNAH DATANG MEMBUAT AUDIT KILANG SYARIKAT HERCULES ENGINEERING SDN BHD, SAMA ADA MEREKA LULUS UNTUK MEMBUAT SEBARANG PEMBEKALAN PRODUK GETAH MENGIKUT ISO17025 EN15129 UNTUK PROJEK MRT 2 ATAU TIDAK. Jangan bercakap di atas meja empuk. Sila datang dan periksa.

11. Datuk Fadillah bukalah mata anda dan Jabatan Standard Malaysia. Jangan malukan negara ini dan buat siasatan TERPERINCI dengan pihak CONSULTAN MRT SAMA ADA KELULUSAN PEMBEKALAN PERNAH DAPAT KELULUSAN ATAU TIDAK KEPADA SYARIKAT HERCULES ENGINEERING INI UNTUK PROJEK MRT 2.

12. SYARIKAT HERCULES ENGINEERING ini hanya ingin membekalkan produk tidak mengikut spesifikasi dan PIAWAIAN. Pihak SAMM boleh meminta CONSULTANT YANG MATERIAL SPECIFICATION UNTUK MRT 2. Pihak Konsultan boleh memberi laporan mereka terhadap kilang 'Reban Ayam'  Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. 

13. Datuk Fadilah dan SAMM wajar menarik balik pensijilan HERCULES EMGINEERING INI SERTA MERTA sehingga mereka mempunyai kelayakan sesuai menepati kriteria sebenar. 

SEKALI LAGI KAMI CABAR JIKA SIASATAN INI BAHAWA JELAS MEMPUNYAI UNSUR RASUAH MELIBATKAN DATUK FADILAH, PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SAMM YANG TERLIBAT. JAWATANKUASA INI WAJAR MELETAK JAWATAN.

SEBELUM KAMI MENDEDAHKAN LAGI INFORMASI LAIN UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA INI DEMI KESELAMATAN PENUMPANG MRT DAN LRT DI NEGARA INI.

Yang Benar

ABDUL RAHIM BIN MAJID

 

 

Lampiran

Di bawah kami akan terangkan di dalam bahasa inggeris apakah piawaian diperlukan untuk mendapat standard ISO17025 / EN15129

The test equipment used in an ISO17025 accredited Laboratory for test methods mentioned in EN15129 shall comply with the following:-

I.  The equipment shall have appropriate capacity (e.g. compression force capacity, lateral displacement capacity & etc.) for carrying out tests declared in the ISO17025 scope, since down-scaled of HDRB is not allowed in EN15129.

II.  The equipment shall have platen dimension greater than plan area of sample under test.

III.  The equipment shall be calibrated by accredited laboratory. It means that the calibration is traceable to a national standard held by a National Metrological Institute.

IV. Interlaboratory comparison shall be carried out at least once as method validation.

V.  As for compression test:-

- The equipment shall provide a method of measuring the compressive load and deflection to an accuracy of less than or equal 2% of the maximum values recorded.
- The equipment shall be capable of deliver a compression load at a constant loading rate.
- The force and displacement shall be continuously recorded during test.
- The platens shall be thick enough to prevent significant distortion (< 1% if the measured bearing deflection) under the maximum loading.
- The platen dimensions in plan shall be greater than the plan area of the sample under test.

VI.  As for combined compression & shear test:-

- The force and the displacement measured shall be accurate to ±2% of the peak values.
- The force and the displacement data shall be sampled at a rate at least equal to 100 times the frequency of loading.
- The shear force and displacement data shall be continuously recorded during test.
- The equipment shall be able to deliver a minimum test frequency of 0.01Hz .
- The compressive displacement shall be measure directly between the load platens of the machine, and it shall be the average obtained from at least three transducers spaced evenly around the HDRB.
- The shear displacement attained shall be within ±5% of specified.
- The equipment shall be capable of applying a sinusoidal or triangular displacement waveform during test.
- The HDRB shall be attached to the equipment load platens with the type of system to be used for the installed HRDB at project site.

1 Comment