'Menteri Pencuri' pertahankan 'Jurutera Pencuri' Pulihkan Jabatan Air Sabah
18:08 Aug 12, 2018  |  By SabahKini2
'Menteri Pencuri' pertahankan 'Jurutera Pencuri' Pulihkan Jabatan Air Sabah

3 Sahabat yang direman SPRM kerana mencuri wang rakyat kini bergabung menjadi jurutera, menteri dan Ketua Menteri pencuri memulihkan Jabatan Air. Lebih RM2B projek Empangan Papar di hadapan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Warisan mempertahankan pelantikan Setiausaha Bahagian Parti Warisan Putatan yang pernah disiasat SPRM penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion mengetuai Jabatan Air Sabah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata Amarjit ialah jurutera air berkelayakan walaupun beliau adalah konsultan yang terlibat dalam projek loji air Sungai Intan Semporna. 

“Kenapa mereka takut kehadirannya dalam syarikat utiliti? Adakah kerana mereka takut perjanjian yang dimeterai kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin mendedahkan hubungan dengan tuan politik dahulu yang sudah melarikan diri atau bersembunyi?”

Semalam,  aktivis Sabah menyifatkan pelantikan Amarjit yang juga setiausaha Warisan Cawangan Putatan sebagai “politik” dan tidak sesuai dengan perkhidmatan awam.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pelantikan Amarjit melanggar janji Warisan untuk memberi keutamaan kepada orang tempatan.

“Ini bertentangan perlindungan Borneonisasi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntukkan jaminan fundamental untuk ‘orang tempatan dahulu’ dalam pelantikan pegawai kanan dalam sektor awam,” kata Ongkili.

Tetapi, Anthony berkata, Amarjit ialah orang Sabah dan terlatih dalam bidang itu.

Katanya, kerajaan negeri pimpinan Warisan akan menunaikan janji untuk mengamalkan ketelusan dan semua pelantikan berdasarkan meritokrasi.

Beliau percaya Amarjit boleh membangunkan syarikat utiliti negeri itu walaupun pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beberapa aktivis Sabah berkata Datuk Peter Anthony tidak layak berbicara mengenai integriti kerana beliau sendiri dua kali direman SPRM kerana siasatan kes rasuah KKLW. Malah kes pencurian wang RISDA RM15 juta itu terang-terang dibawa lari dan lesap. Michael Ubu Peguam Peter sendiri melarikan diri keluar negara sehingga sekarang tidak dapat dikesan.

Apakah Amarjit Jurutera pencuri, Peter Anthony Menteri Pencuri dan Shafie Ketua Pencuri sedang bergabung merompak peruntukan Jabatan Air Sabah?

Sabahkini2 mendedahkan selama ini salah laku rasuah Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony. Pelantikan Amarjit Singh adalah jelas untuk melaksanakan misi projek Empangan Papar yang dulu Empangan Kaiduan bernilai RM2 bilion. Ini satu cara Shafie Apdal dan Peter Anthony menerima komisen baru sebagaimana mereka lakukan sebelum ini di KKLW.

Jadi bagaimana rekod perasuah boleh menjadi pemulih imej di Jabatan Air Negeri Sabah. SPRM dan Pejabat Peguam Negara juga tidur.

4 Comments