Dakwaan pegawai SPRM, bekas KP SPRM Abu Kassim miliki RM7 juta dalam akaun perlu didedah
07:08 Aug 13, 2018  |  By SabahKini2
Dakwaan pegawai SPRM, bekas KP SPRM Abu Kassim miliki RM7 juta dalam akaun perlu didedah

Jika hal cincin RM24 juta Abu Kassim dapat sembunyikan sejak 2011, pastinya dakwaan pegawai penyiasat SPRM bahawa Abu Kassim miliki RM7 juta sudah tentu benar. Beranikah KP SPRM sekarang dedahkan?

Video: Abu Kassim: Kalau saya RM24 juta saya dah lama ambil......

Susulan terdedahnya video dalaman SPRM berhubung kemasukan cincin berlian bernilai RM24 juta pada 2011 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagaimana ucapan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang tular dalam media sosial dijangka akan banyak lagi perkara dalaman bakal didedahkan mengenai SPRM.

Sejak Dato’ Seri Shukri Abdull kembali sebagai Pesuruhjaya SPRM, SPRM dilihat bukan lagi badan bebas tetapi ‘pak turut’ kepada kerajaan PH, DAP dan Dr Mahathir. Banyak info dalam SPRM terkeluar dengan mudah.

3 serangkai. Shukri kembali ke SPRM, Abu Kassim ke GIACC, Mustafar di Imigresen

Pengakuan video Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam ucapan yang disampaikan pada tahun itu tidak pernah dibocorkan kepada pihak luar namun kini menjadi pengetahuan rakyat betapa isu cincin itu adalah satu fitnah.

Ketika ucapan, Abu Kassim berkata pegawai itu telah membocorkan dokumen "Borang Kastam 1" yang menunjukkan barang yang masuk ke dalam negara tetapi tidak mendedahkan "Borang Kastam 2", iaitu untuk barang yang keluar daripada negara.

"Dalam siasatan kita, kedua-dua borang itu ada, tetapi yang dihebahkan hanya Borang Kastam 1. Niatnya untuk membalas tindakan perdana menteri (ketika itu) kerana membiarkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap Kastam," kata Abu Kassim.

Ketika itu SPRM sedang menyiasat 62 pegawai kastam berhubung kes pengubahan wang haram dalam apa yang dipanggil sebagai "Operasi 3B".

Ucapan tertutup Abu Kassim kepada pegawai SPRM itu mendedahkan pegawai kastam tidak berpuas hati melalui kesatuan mereka, telah bertemunya dan peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memujuk mereka agar menggugurkan dakwaan terhadap pegawai kastam yang disyaki terlibat.

Apabila usaha itu gagal, mereka didakwa cuba untuk bertemu Najib yang kemudian enggan bertemu mereka.

"Saya yang nasihatkan dia (Najib) agar jangan berjumpa kerana kita nak pertahankan integriti dan tindakan kita dalam siasatan terhadap kastam (melalui 'Operasi 3B')," katanya.

Kastam Tidak Boleh dipercayai

Pendedahan Abu Kassim menunjukkan ramai pegawai Kastam tidak boleh dipercayai dan banyak melakukan rasuah. Ini hakikat perang SPRM dengan anggota beruniform seperti Kastam, PDRM, JPP dan lain-lain lagi.

Skandal SPRM

Sumber pegawai SPRM mendedahkan akan ada lagi selepas ini bakal terkeluar antaranya skandal video Dato’ Seri Shukri Abdull dengan wanita yang dikatakan telah disimpan lama. Taktik sama yang digunakan untuk menyerang Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini. Bila masanya pasti akan tiba. Shukri juga bukanlah seorang yang sangat suci. Ramai musuh dalam SPRM. Sentiasa berpuak-puak.

Jika Abu Kassim menyembunyikan rahsia cincin RM24 juta sambil boleh berjenaka hal wang adalah tidak mustahil dakwaan oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa Abu Kassim didakwa memiliki RM 7 juta dalam akaun dan isterinya didedahkan oleh sebuah portal sebelum ini adalah benar. Sila baca

[Sumber SPRM dedah Abu Kassim Bakal KSN miliki RM7 juta dalam akaun?]

Jika Kerajaan Pakatan Harapan mahu para Menteri dan Timbalannya mengisytiharkan harta Tan Abu Kassim Mohamed Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional bersama isterinya wajar mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu bagi membuktikan dakwaan beliau tidak memiliki RM7 juta itu.

Yang pasti Abu Kassim bukanlah seorang yang berintegriti. Abu Kassim dipelihara ramai oleh taukeh-taukeh cina malah banyak kes melibatkan pengubahan wang haram Shafie Apdal bekas menteri KKLW itu juga ditutup.

Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas  KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012.

Akhirnya Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram  RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan  ditutup oleh TS Abu Kassim. Pegawai penyiasat SPRM berpendapat ada kemungkinan wang itu diterima dari Shafie Apdal dan taukeh cinanya.

Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim. Hanya tahun 2017 kes Shafie Apdal dan kuncunya seperti Peter Anthony diambil tindakan oleh SPRM.

Kes MARA Inc melibatkan Shafie bekas Menteri KKLW pun ditutup di bawah Abu Kassim. Begitulah apabila Abu Kassim dan Shukri bersekongkol. 

Dakwaan Tian Chua

Lihat saja sekarang bawah Shukri mengejar dendamnya dia mendedahkan kelemahannya melantik semula pegawai SPRM yang bermasalah Zamri Zainul Abidin menguruskan AMLA atau membeku akaun yang dikait 1MDB. Gagal dalam banyak kes termasuk 'Ops Gergaji' membeku RM700 juta kini beliau dipanggil semula oleh Shukri untuk salahguna kuasa SPRM membeku akaun tanpa bukti kukuh. Sila baca Lantik Pegawai bermasalah, SPRM Salah Guna Kuasa Beku Akaun dikait 1MDB

3 Comments