“Tak kisah arang batu cemari Port Dickson asalkan negeri untung- MB Negeri Sembilan
19:08 Aug 13, 2018  |  By SabahKini2
“Tak kisah arang batu cemari Port Dickson asalkan negeri untung- MB Negeri Sembilan

Aduan begitu banyak. Kerajaan juga telah bertukar tapi syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd pengendali Jeti KTM Port Dickson terus hidup dan kenyang. Apa yang berlaku?

Sekalipun begitu banyak aduan sejak beberapa tahun lalu malah berubah sekalipun kerajaan baru kepada pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) nampaknya isu pencemaran alam sekitar di jeti Port Dickson milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menjadi pusat pengumpulan arang batu itu tetap tidak pernah selesai.

Jeti yang dikendalikan syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd bagi operasi pemindahan pemindahan arang batu dari tongkang ke lori  menyebabkan pencemaran  kepada air dan pantai terus berlaku. Syarikat terus berleluasa.

Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Aminuddin Harun dan Exco Alam Sekitar YB Veerapan A/L Superamaniam malah Ahli Parlimen Port Dickson Dato’ Danyal hanya goyang kaki.

Rakyat bimbang pencemaran teruk di pantai Port Dickson menjejaskan reputasi Port Dickson sebagai destinasi pelancongan.

Bukan itu sahaja jeti sekarang juga telah usang, banyak kerosakan akibat aktiviti pemungahan arang batu. Keadaan jeti dikhuatiri runtuh pada bila- bila masa dan mengakibatkan kemalangan jiwa jika syarikat atau pengendali sedia ada terus membiarkan lori lebih muatan dan mesin berat menggunakan jeti terbabit tanpa kawal selia yang baik.

Jeti ini berhampiran dengan penempatan penduduk ini ia sudah tentu boleh memburukkan keadaan akibat terdedah kepada bahan tercemar, risiko penyakit dan kemalangan jiwa akibat pengangkutan arang batu ini.

Pelbagai aduan dibuat namun sangat malang tidak diendahkan. Semua dibakul sampahkan.

KTMB atau Perbadanan Aset Keretapi ( PAK) dan Kementerian Pengangkutan pemilik tanah hanya mahu meneruskan sewaan keuntungan kepada syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd. Jabatan Laut Malaysia pula boleh meluluskan Jeti itu sebagai satu Kawasan Pelabuhan (MTSA) walaupun betapa buruknya jeti di situ.

Bagaimana Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pula yang  sepatutnya menyelenggara jalan masuk membiarkannya sehingga mengancam penduduk di kawasan itu. Bagaimana Jabatan Alam Sekitar pula sering melaporkan tiada pencemaran air laut dan habuk kepada mereka.

Paling cikai pun laporan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) namun pengenali jeti di amaran lisan sedang berlaku perlanggaran pengabaian langkah-langkah keselamatan. Ada sesuatu tidak kena.

SPRM pula tidak menyiasat semua agensi terlibat dengan unsur rasuah. Mereka terus bergoyang kaki. Kali ini kita lihat apakah MB Negeri Sembilan bekas pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) berminat dengan masalah jeti Port Dickson yang mengumpul arang batu itu?

Sumber menyatakan KTM jeti PD sepatutnya ditutup namun ada tangan-tangan ajaib yang terus menggunakan jeti yang berbahaya ini. Kabel mereka besar supaya KTM Jeti ini terus digunakan. Bagaimana mereka boleh meneruskan hingga 2018 pihak berkaitan boleh menjelaskan berdasarkan tempoh pajakan atau sewaan syarikat Perak Bumi-rel Sdn Bhd.

Syarikat Perak Bumi-rel yang dikaitkan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming tentu lebih kuat kini kerana Anthony Loke dari Negeri Sembilan menjadi Menteri Pengangkutan. Syarikat terlalu kebal dan punya kabel dengan Menteri Pengangkutan, KTM, JKKP, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Alam Sekitar. 

Apakah MB Negeri Sembilan juga telah disogok agar jeti buruk ini terus beroperasi dan pencemaran alam sekitar terus berleluasa? Pastinya Exco Alam Sekitar YB Veerapan dan Dato’ Danyal telah dilobi oleh syarikat Perak Bumi-Rel terus kekal di Jeti KTMB itu.

Sumber rapat dengan YAB Aminuddin Harun MB Negeri Sembilan berkata memberi perhatian kepada Jeti Port Dickson yang mengendalikan arang batu kerana menyumbang ekonomi Negeri Sembilan termasuk pelaburan syarikat UEM Group Berhad melalui anak syarikatnya Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) dan kilangnya Negeri Sembilan Cement Industries (NSCI) yang menggunakan jeti Port Dickson bagi arang batu.

YAB Amiruddin Harun berkata tak mungkin dia akan dapat menghentikan operasi Jeti KTMB Port Dickson itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah melaporkan mengenai pengurusan NSCI kilang Bahau melibatkan salah laku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kes kecurian kargo melibatkan kilang simen NSCI Bahau

[ Sila baca : Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise ]

Syarikat sama Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang beroperasi di Jeti Port Dickson terlibat salahguna kuasa dan rasuah di kilang NSCI itu. Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd telah lama dipantau kerana terlibat dengan kes kecurian kargo sejak bertahun-tahun lalu.

Menurut penduduk tempatan di Jeti Port Dickson, kontraktor mengunakan gudang berhampiran untuk menyimpan sebahagian daripada kargo arang batu yang dipunggah dan kemudiannya menjual kargo tersebut kepada pihak lain.

Hal ini telah berlarutan bertahun-tahun namun NSCI tidak pernah mengambil serius untuk menghentikan penyelewengan oleh Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd.

Apapun menurut MB Negeri Sembilan sekalipun pencemaran arang batu berlaku di Port Dickson keuntungan ekonomi projek itu kepada Port Dickson harus lebih menjadi keutamaan. Jika diberhentikan sekarang pendapatan negeri dan syarikat melabur di Negeri Sembilan menggunakan jeti itu turut terjejas.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar duduk diam. Hasil terus masuk

 

Gambar terbaru Jeti PD. Arang batu terus bertambah. Pencemaran terus berleluasa

2 Comments