UMS nafi tutup kes rogol walaupun perogol adik Pegawai Khas TNC HEPA
04:08 Aug 16, 2018  |  By SabahKini2
UMS nafi tutup kes rogol walaupun perogol adik Pegawai Khas TNC HEPA

Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Profesor Dr Ismail Ali berkata tuduhan yang dilemparkan kepada UMS serta dirinya berkenaan kes itu adalah tidak berasas walaupun tertuduh adalah adik kepada pegawai khasnya.

KOTA KINABALU- Selepas dikecam teruk dalam media sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) menafikan dakwaan pihaknya cuba menutup satu kes dipercayai kes rogol melibatkan seorang pelajar dikatakan berlaku di sebuah kolej kediaman di UMSitu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Profesor Dr Ismail Ali berkata tuduhan yang dilemparkan kepada UMS serta dirinya berkenaan kes itu adalah tidak berasas walaupun suspek perogol adalah adik kepada pegawai khasnya.

"Dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar terutamanya saya dikatakan cuba menutup kes berkenaan. Kalau saya menutup kes itu, bagaimana kes ini boleh dipanjangkan pada pihak polis dan mahkamah?

"Jadi saya minta kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah, dan Warisan Folklor Nusantara (PASWFN) di UMS, hari ini.

Ismail berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berwajib dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Pada 12 Ogos lalu, portal Sabahkini2 melaporkan TNC HEPA dan pihak UMS cuba menutup kes berkenaan yang kini pengurusan kes berkenaan di mahkamah  pada 29 Ogos terhadap Arshad Masdin, 26.

Dakwaan cubaan menutup muncul apabila pertuduhan kes di mahkamah dari kes merogol kepada cubaan merogol. 

Ramai pihak mempertikaikan perubahan pertuduhan dari merogol kepada cubaan merogol. Sepatutnya tertuduh didakwa  mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan,jika disabitkan kesalahan.

Terbaru wajah perogol Arshad Masdin didedahkan dan terdapat dakwaan bukan sahaja beliau merogol mangsa tetapi meliwat mangsa.

Pihak keluarga mangsa sangat tidak berpuas hati dalam pengurusan kes ini. Pihak pengurusan UMS sendiri lambat membuat pertemuan dengan keluarga mangsa hanya membiarkan pegawai-pegawainya berbuat demikian. Suspek perogol dikaitkan adik pegawai khas TNC HEP UMS juga menyukarkan keadaan kerana dikatakan cuba melindungi adiknya.

 

 

18 Comments