100 Hari: Shafie Apdal mengaku tidak semua ditunaikan termasuk royalti minyak
16:08 Aug 21, 2018  |  By SabahKini2
100 Hari: Shafie Apdal mengaku tidak semua ditunaikan termasuk royalti minyak

Tidak semua manifesto dan janji dapat ditunaikan perlu masa. Royalti minyak 20 peratus masih terus dirunding.

KOTA KINABALU: Dalam tempoh sempena 100 hari pemerintahan kerajaan negeri bersama gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan), DAP, PKR dan UPKO Shafie Apdal  menyatakan kerajaan memerlukan lebih 100 hari untuk menunaikan manifestonya. Bagaimanapun katanya semua itu dilakukan secara berperingkat

Kerajaan berusaha untuk membuat perubahan terutamanya isu pendidikan, keselamatan, kesihatan dan isu peluang pekerjaan  yang mejadi keutamaan Warisan di bawah pemerintahan kerajaan negeri.

"Hari ini genaplah 100 hari pemerintahan kerajaan negeri yang baharu di bawah perkongsian parti PKR, DAP dan UPKO, dan kita sedar kerajaan yang ada sekarang ini adalah hasil sokongan daripada rakyat Sabah untuk merealisasikan harapan mereka," katanya.

Kerajaan Negeri Sabah juga sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini. Bagaimanapun kuasa itu tertakluk kuasa Kerajaan Persekutuan.

Satu perbincangan sudah dilakukan antara kedua-dua pihak memandangkan isu royalti merupakan salah satu manifesto utama kerajaan baharu yang diketuai oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu.

"Royalti minyak sentiasa menjadi keutamaan kita dan jika melihat kapasiti pengeluaran seluruh negara hampir 50 peratus adalah dari Sabah dan kita tidak keberatan untuk berkongsi hasil ini dengan negeri lain tetapi yang penting 20 peratus ini perlu kita tuntut.

Julai lalu Azmin Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata Kerajaan pusat tidak dapat menyalurkan 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan segera kerana perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda. Malah pemberian royalti minyak 20% itu hanya berdasarkan keuntungan diperolehi Petronas.

“Cadangan tambah royalti petroleum kepada 20% ini adalah berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukan jumlah hasil pengeluaran kasar,royalti 5% sebelum ini.

“Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20% daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.” kata Azmin

Netizen melihat usaha meminta 20% ini akan terus gagal memandangkan usaha sebelum ini dengan kerajaan persekutuan dan petronas telah dirunding berkali-kali namun masih terhalang dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974. Sejak 22 tahun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kini kembali sebagai PM tuntutan 20% royalti minyak tidak pernah ditunaikan.

Dalam 100 hari kerajaan Warisan di Sabah tidak banyak kejayaan dicapai. Menubuhkan kementerian yang bersifat autonomi hanyalah di atas kertas dan tidak realiti misalnya  Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, dan Kementerian Hal Ehwal Anak Negeri yang mana kuasa pelajaran dan kesihatannya misalnya masih perlu kelulusan Kerajaan Persekutuan. Apa yang ada sekarang kementerian itu hanyalah penyelaras agensi atau jabatan bukan berkuasa penuh.

"Yang kami nampak 7 kebakaran rumah setinggan berlaku dalam masa dua bulan, tanah penempatan setinggan diberi kepada mereka yang dikata warga asing dan dokumen pas kepada pekerja asing (Pemutihan PTI)." kata seorang pengguna facebook bernama Luqman Hakim.

 

10 Comments