Kecoh hal ATM bila Mat Sabu umum siasatan kes Setiausaha Politiknya terima RM800 ribu?
21:08 Aug 25, 2018  |  By SabahKini2
Kecoh hal ATM bila Mat Sabu umum siasatan kes Setiausaha Politiknya terima RM800 ribu?

Bermula dari isu Azhar Setiausaha Politiknya didedahkan oleh Setiausaha Sulitnya sendiri terima wang RM800 ribu hingga kini Mat Sabu terus diam. Siasatan SPRM pun terus hilang. Kini Mat Sabu bising hal ATM

Benarlah kata orang Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ini jenis bodoh atau kata Dr Mahathir mengaku bahawa Menterinya jenis tak tahu kerja sebagai Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M akui Menteri lembap dan tidak tahu kerja dalam kementerian ]

Isu tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih berkhidmat kepada menteri terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pun dia masih kalut.

Dia Menteri Pertahanan mempunyai kuasa sebagai Menteri dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 dia berhak untuk mengarahkan pegawai di semua jabatan atau agensinya bertugas mengikut arahannya.

Malaysiakini melaporkan dua anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin dan Mat Sabu sebagai menteri masih bertindak menyiasat.

"Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada," katanya

Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih boleh mengambil  anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerja dan mereka boleh meletakkan jawatan dalam tentera. Bukan satu masalah. Mereka mempunyai pilihan meletak jawatan sebagai mana tawaran Datuk Seri Hishammuddin.

Para anggota itulah yang menghantar surat permohonan kerja nak terus di ATM atau berhenti dan bukan kerja Hishamuddin membuat permohonan itu kepada kementerian. Hishammudin mesti telah menasihatkan mereka. Tapi kalau mereka nak juga bekerja itu hak mereka untuk berhadapan jawatankuasa tatatertib kementerian.

"Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara.

"Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima maka mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta," kata Hishammuddin di Twitter. 

Antara anggota ATM dan isu Setiausaha Politik Menteri terima rasuah RM800 ribu

Kes Azhar Setiausaha Politik Menteri Pertahanan terima rasuah RM800 ribu untuk menyelesaikan muflisnya sehingga sekarang Mat Sabu masih senyap. Kes itu lebih besar dari isu anggota ATM ini.

Apa keputusan siasatan SPRM dan Menteri Pertahanan? Dah tamatkan perkhidmatan Azhar ke belum? Secara terang-terangan Syarikat Jakel yang mendapat projek Kementerian Pertahanan beri wang lebih RM500 ribu. Azhar dan Jakel tak mahu tangkap ke? Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’ Seri Shukri Abdull pun dah buta ke?

[ARTIKEL BERKAITAN:

Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor 

Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor

Terdedah: Jakel beri lebih RM500 ribu dan SPRM takut mahu reman Setiausaha Politik Mat Sabu ]

 

 

 

 

 

 

 

2 Comments