Musa Aman sakit dan masih dirawat di hospital
22:08 Aug 27, 2018  |  By SabahKini2
Musa Aman sakit dan masih dirawat di hospital

TAN Sri Musa Aman, masih menerima rawatan di hospital. Sama-sama kita mendoakan Tan Sri Musa Aman cepat sembuh dan terus berbakti kepada rakyat.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, masih menerima rawatan di hospital dan belum pasti bila dapat pulang ke Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

 Peguamnya, Amer Hamzah Arshad, berkata Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga masih dalam pemantauan doktor di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.

“Saya hanya boleh katakan Tan Sri Musa masih lagi dalam pemantauan (doktor). Bukan kedudukan saya untuk bercakap bila beliau dibenarkan keluar (daripada hospital) atau bila dijangka pulang (ke Sabah),” katanya.

Musa masih mempunyai baki 15 hari sahaja lagi untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN Sabah sehingga tarikh 11 September.

Seorang sahabat Tan Sri Musa Aman melawat hari ini di hospital mengesahkan Musa sedang dalam keadaan sakit.

"Ketika saya melawatnya tadi keadaan Musa Aman lemah, semakin kurus hanya mampu terbaring serta tidak mampu berdiri. Beliau hanya mampu bertutur perlahan. Dia sempat berkata dia mahu balik dan keluar dari hospital segera namun doktor tidak mengizinkan keadaannya" katanya mohon namanya tidak didedahkan.

Musa yang berada di London sejak pertengahan Mei lalu kerana dilaporkan mendapatkan rawatan kesihatan, kembali ke Malaysia pada 21 Ogos lalu dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Oleh itu dakwaan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd Azis Hj Jamman bahawa Tan Sri Musa Hj Aman yang berpura-pura sakit sangat tidak berasas dan bertanggungjawab. Baru-baru ini tular perbualan whatsapp kumpulan pemimpin Warisan  menuduh Musa Aman berlakon terbaring dibatas katil dan mengarahkan budak-budaknya melaporkan kepada polis.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tular whatsapp Timbalan Menteri tuduh Musa Berlakon Sakit ]

Turut membuat tuduhan tidak berasas ialah daripada Loretto Padua Jr Setiausaha Agung Parti Warisan yang kononnya mendakwa Musa Aman mendapat layanan istimewa sedangkan beliau adalah seorang suspek jenayah. 

Hakikatnya Musa sudah ditahan polis namun mahkamah menolak permohonan reman memandangkan beliau sakit dan semua fakta-fakta kes telah diberi kepada mahkamah untuk menolak reman.

[ARTIKEL BERKAITAN: Majistret tidak luluskan reman terhadap Musa ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman angkat sumpah dalam masa terdekat]

Beliau dilaporkan akan mengangkat sumpah di DUN Sabah pada Jumaat lalu namun tidak berbuat demikian selepas dikatakan perlu menjalani rawatan lanjut di hospital.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dilaporkan berkata polis dijangka menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini berhubung kes ugutan jenayah membabitkan Musa terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

 

 

 

4 Comments