Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM
07:08 Aug 28, 2018  |  By SabahKini2
Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM

Apa sudah jadi kes rasuah KKLW Shafie Apdal? Menteri Warisan VK Liew rupanya 'tukang selesai' bersama Peguam Negara. SPRM mereka anjingkan. Kini kes Curi dana RISDA KKLW juga bakal ditutup?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengumumkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibebaskan daripada sebarang dakwaan salah laku semasa berkhidmat sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah suatu ketika dulu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas Mohd Shafie pada 21 April 2017 menyebabkan adik-adiknya (Yusof dan Hamid), Datuk Peter Anthony (Menteri Sabah), Azis Jamman (Kini Timbalan Menteri KDN), Amarjit Sing (Kini Pengarah Air), Jamawi Jaafar, Arifin, Sinkung dan beberapa lagi ditahan reman SPRM.

Keputusan yang dibuat Peguam Negara dan SPRM itu memang dijangka dan sesuatu yang amat gila memandangkan dua kes Shafie Apdal sepatutnya didakwa sebelum PRU 14 tidak dapat dilakukan oleh Tan Sri Apandi Peguam Negara ketika itu. 

Tommy Thomas peguam DAP sudah dijangka bukan sahaja akan membebaskan Shafie malah Lim Guan Eng juga. Beliau adalah Peguam Negara yang akan bias kepada pemerintah khususnya kepada Dr Mahathir dan Lim Guan Eng.

[ARTIKEL BERKAITAN PEGUAM NEGARA: Tommy Thomas bukan saja Peguam Chin Peng tapi Peguam Lim Guan Eng kes rasuah banglo murah!

[ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara tidak campurtangan kes rasuah Lim Guan Eng 'Bullshit'!

"Setelah diteliti semua keterangan yang ada, pendakwa raya memutuskan pada 20 Jun lalu, tiada pendakwaan akan dibuat kerana bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan selanjutnya," kata Liew. 

Ia diumumkan oleh Datuk VK Liew Menteri di JPM yang juga pemimpin kanan Warisan yang diketuai Shafie Apdal menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Ia satu pengumuman yang memalukan sepatutnya dilakukan oleh Peguam Negara bukan Menteri yang berkaitan dengan partinya. Nampaknya tugas Menteri Undang-undang pemimpin Warisan diletakkan di sini ialah menutup kes salah laku rasuah ‘bosnya’. Itulah hasil jawatan yang VK Liew dapat sekarang 'Menteri JPM (undang-undang). Ia sangat memalukan. SPRM di bawah Shukri Abdull bersekongkol. 

Rasuah berlaku bukti tidak mencukupi atau sengaja untuk membebaskan Shafie dan geng-gengnya. Ini kerana siasatan SPRM sebelum ini jelas mencukupi untuk membuat pendakwaan kes. Atau Apa Dato' Shukri KP SPRM baru tidak mahu kes ini diteruskan dan mencari alasan agar ia mudah iaitu ditutup.

Bagaimana kes penyelewengan RM1.5bilion tiada bukti?

Tertangkapnya adik Shafie Apdal, Yusof dan Hamid jelas bersalahan dengan Seksyen 23 SPRM salah guna kuasa apabila pengakuan Adik Shafie menerima wang dari Taikun Sabah seperti Sinkung Contruction. Semua tahu siapa Sinkong di Sabah.

 

Penahanan bekas Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 dengan membeku akaun miliknya RM29 juta juga adalah jelas ada berlaku rasuah. Paling tidak Sinkong, Hartaty akan didakwa. Jadi dalam kes ini Hartaty juga akan dibebaskan? Tidak didakwa? Ini sangat Bullshit!


Hartaty punya RM29 juta tidak didakwa? 

[ARTIKEL BERKAITAN: PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal?

‘Money Trail’ yang didedah oleh SPRM kepada The Star pada Oktober 2017 jelas menunjukkan adanya unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh Shafie Apdal kerana memberi projek kepada adik atau sekutunya. Dari 23 syarikat 14 dikenal pasti membuat pengakuan memberi wang rasuah kepada Shafie dan adiknya. Shafie kemudianya menyaman The Star agar menarik balik laporannya. Turut mendedahkan laporan SPRM itu ialah portal The MalaysianInsight. 

[ARTIKEL BERKAITAN:  14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti ]

 


Kertas siasatan curi RM 15.5 juta dana RISDA oleh Peter Anthony, Michael Ubu dan Shafie Apdal

Bagaimana dengan kes mencuri dana RISDA wang pendahuluan pembelian tanah ladang sawit Tongod? Laporan money trail SPRM juga jelas salahguna kuasa dan rasuah berlaku dalam kes RISDA.

Laporan SPRM mendedahkan pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat ‘Budiman’ iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama staff atau orang kepercayaannya dalam syarikat.

Pada tahun yang sama Syarikat ‘Budiman' memindahkan pula wang RM12.9 juta itu kepada 4 pihak iaitu ‘Mr W’, Peter Anthony, ‘Mr X’ dan pembelian kenderaan mewah di ‘Auto Car Dealer’. Baki RM 2.6 juta pula diserahkan kepada peguam Michael P Ubu. Rujuk rajah ‘Money Trail’.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

[ARTIKEL BERKAITAN: RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA?

Jika benar Shafie dan Peter tidak bersalah mengapa perlu peguam Michael Ubu melarikan diri ketika SPRM mencarinya. Sehingga kini Michael Ubu hilang. Apakah dengan dengan pengumuman ini Michael Ubu akan balik dan kes juga ditutup?

[ARTIKEL BERKAITAN: Michael P.Ubu Hilang: Diculik atau dibunuh?

 

Jadi selepas kes penyelewengan dana RM 1.5 bilion ditutup ada kemungkinan besar kes curi dana RISDA KKLW juga akan ditutup segera oleh Peguam Negara dengan kerjasama Menteri Warisan VK Liew dan juga SPRM. 

Ia jelas satu persekongkolan yang menjengkelkan. 

 

 

 

10 Comments