Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik!
06:09 Sep 01, 2018  |  By SabahKini2
Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik!

Ewon Benedick terpaksa meminta penjelasan daripada Pengarah JPN Sabah, Setiausaha Tetap KPLB dan Timbalan Setiausaha Tetap KPLB berkaitan surat. UPKO Tuaran pula diarah lapor polis terhadap dalang Warisan

KOTA KINABALU: Susulan penularan surat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memohon data kampung dan pulau terpencil di media sosial, Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick terpaksa mengarahkan kementeriannya memberi kenyataan media berhubung perkara itu.

Malah Ewon Benedick terpaksa meminta penjelasan daripada Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad, Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Abdul Latif dan Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan berkaitan surat yang kononnya disalah anggap.

“KPLB Sabah mengambil maklum penularan surat daripada Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah bertarikh 9 Ogos 2018 (KPLB: 100-10/149)".

    [ARTIKEL BERKAITAN: Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal ]


Sabahkini2 melaporkan Shafie Apdal dan kerajaan Warisan kini sedang membantu mendapatkan MyKad kepada warganegara yang berkahwin pendatang asing termasuk surat kelahiran dan kad pengenalan lewat.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

Sebagai menteri kabinet negeri kutipan data penduduk kampung ini pastinya adalah arahan Shafie Apdal dan dilakukan oleh agensi JPN serta pejabat daerah.

Bagaimanapun kerana tular dan bimbang UPKO dikaitkan dengan gerakan Shafie Apdal dan Warisan, Ewon Benedict mengarahkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menafikannya.

Pemangku Presiden dan Menteri KPLB juga mengarahkan UPKO Tuaran membuat laporan polis tentang dakwaan ada pemberian taraf kewarganegaan atau pemberian kad pengenalan kepada PATI yang cuba mengaitkan “Menteri UPKO akur arahan projek IC Shafie Apdal dan mengaitkan dengan Menteri KPLB / Madius Tangau Timbalan Ketua Menteri”

UPKO juga meminta pihak polis menyiasat individu atau organisasi di belakang yang menyediakan dokumen segala borang-borang berkaitan.

Semakan Sabahkini2 mengenai fenomena PATI berpusu-pusu di klinik medisinar dan juga restoran Samudera bagi urusan pengakuan surat sumpah didalangi oleh pemimpin Warisan berdasarkan kad perniagaan yang dikepilkan dalam borang pengakuan Pesuruhjaya Sumpah itu.

'Apakah akan berlaku kerana di Tuaran semua pihak tahu yang mengendalikan urusan surat sumpah serta melibatkan klinik medisinar itu ialah jawatankuasa penerangan Parti pusat Warisan sendiri, apakah mereka akan ditangkap dan disiasat?' kata seorang pengguna facebook bernama Ramlan

26 Comments