Selepas dikecam rakyat kini Projek IC yang dimaksudkan Shafie Apdal ialah membantu beri MyKad kepada rakyat yang berkahwin dengan pendatang asing.Beliau sendiri turun padang memulakan operasi secara sah.
Berlindung disebalik program rakyat: Shafie Apdal sendiri turun bantu 'projek IC' secara sah.
SEMPORNA- Tertekan pelbagai dakwaan mengenai projek IC 2.0 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjawab dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan MyKad kepada pendatang asing tanpa izin di negeri ini sebagai tohmahan daripada pihak pembangkang
Beliau yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata pemberian MyKad hanya diberikan kepada individu layak bukan yang digelar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Jika mereka warga asing yang layak tiada masalah.
Katanya, pembangkang cuba membuat tohmahan kepada kerajaan negeri dinaungi Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan serta Upko.
Video dirakam ketika program Ketua Menteri di Semporna. Ramai warga asing bermasalah IC hadir
Bagaimanapun kerajaan negeri membantu suami warganegara tempatan yang berkahwin dengan warga asing untuk mendapat MyKad.
"Kami mengaku bantu apabila ada suami tempatan yang berkahwin dengan orang asing dan ada anak tetapi selepas itu ditinggalkan suami sehingga menyebabkan anak-anak ini menghadapi masalah dokumentasi
"Kita serah kepada undang-undang dan Jabatan Pendaftaran Negara, kerajaan negeri melalui pejabat Ketua Menteri hanya menyokong," katanya kepada pemberita selepas program Hari Ketua Menteri Bersama Rakyat di Semporna.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya hanya memohon kepada JPN untuk membantu rakyat Malaysia yang hilang MyKad misalnya dalam kebakaran.
"Misalnya dalam program hari ini, akibat ibu bapa warga tempatan tetapi tiada surat nikah maka anak mereka ada masalah MyKad dan dalam hal ini kita minta JPN bantu”. katanya.
Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial netizen sangsi dengan usaha kerajaan Warisan terhadap projek IC 2.0 dan lebih mesra dengan PATI.
Rakyat mempersoalkan pemberian pas pekerja asing melalui program pemutihan PATI yang mengundang bencana jika 1 juta warga asing yang bekerja tanpa dokumen di negeri ini beri dokumen sah.
[ ARTIKEL BERKAITAN:
Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah
(VIDEO) Timbalan Menteri KDN mengaku kerajaan akan beri dokumen kepada PATI
Begitu juga tidak sampai 100 hari Kerajaan Warisan memerintah 7 peristiwa kebakaran penempatan setinggan berlaku dan penduduk setinggan itu cuba diberi penempatan semula di kampung tanah rezab kerajaan yang menyebabkan penentangan rakyat berlaku.
[ARTIKEL BERKAITAN:
Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar
Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar
Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar
Shafie Apdal bakal luluskan tanah penempatan kekal di tanah kerajaan-JTU ]
Seorang pengguna facebook Rosman berkata Shafie Apdal memilih Hari Ketua Menteri Bersama Rakyat di Semporna kerana sedar pengundi di Semporna hampir 50 ribu orang dan begitu ramai penduduknya yang mengalami masalah berkahwin dengan warga asing kesan projek IC sebelum ini.
“Jadi bukan sesuatu yang menghairankan Shafie Apdal berkata membantu masalah rakyatnya yang bermasalah selepas berkahwin dengan orang asing yang akhirnya memberi masalah baru kepada anak-anak mereka”. katanya
Paling membimbangkan jika perkahwinan dijadikan sindiket untuk mendapatkan MyKad atas alasan mana-mana suami atau isteri warganegara maka mereka layak diberi MyKad disamping anak-anak untuk dapat hak bumiputera.
“Alasan-alasan tiada surat nikah selepas berkahwin, anak lahir dari salah seorang warganegara perlulah diteliti dan disiasat termasuk ujian DNA yang memerlukan bukti rapi. Jika dibiarkan ada lebih 800 ribu mereka yang mempunyai masalah seperti tu’.
Pejabat Ketua Menteri Sabah tidak boleh sewenang-wenangnya menyokong dokumen permohonan warganegara dengan mengarahkan JPN memberi kelulusan”. Kata Johny Mikail
Netizen melihat Shafie Apdal seperti mula menggerakkan program bersama Ketua Menteri ke seluruh Sabah atas alasan program bersama rakyat namun sebenarnya memulakan operasi projek IC secara sah dengan membawa pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara. Ia seperti Menyelam sambil minum air.
Turut dikecam netizen sebelum ini ialah program aduan rakyat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong bersama Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi mengadakan program aduan rakyat dan mengumpul projek IC. Bagaimanapun Menteri itu menafikan dan melaporkan polis mengenai dakwaan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi? ]