Kini Warisan mengaku anjur 'Projek IC' di Dun Apas Tawau
10:09 Sep 09, 2018  |  By SabahKini2
Kini Warisan mengaku anjur 'Projek IC' di Dun Apas Tawau

Belum selesai mencari dalang Projek IC di Tuaran baru ini melibatkan pemimpin Warisa kini tular pula program projek IC pemimpin warisan Tawau. Bilakah pemimpin Warisan disiasat?

TAWAU: Belum pun selesai siasatan dalang ‘Projek IC’ melibatkan Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah yang tular 29 Ogos lalu Klinik Medisinar dan premis Pesuruhjaya Sumpah di Restoran Samudera Umi Kalsom binti Seti kini tular pula program pemberian ‘Projek IC’ Parti Warisan Kg Titingan oleh bekas calon Warisan Dun Apas Abdul Salip Ejal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan] 

http://sabahkini2.com/en/news/1167/terbongkar-projek-ic-kecoh-di-tuaran-didalangi-penerangan-pusat-warisan/view]

Dalam satu ‘banner’ program itu yang tular menyenaraikan masalah MyKad tertangguh, kewarganegaraan tertangguh dan surat lahir daftar lewat yang diuruskan oleh Parti Warisan menimbulkan reaksi pelbagai rakyat Sabah

Perkara yang diuruskan oleh agensi Jabatan Pendaftaran Negara kini menjadi urusan Parti Warisan dan tentunya bermotifkan sesuatu yang menjurus kepada ‘Projek IC’.

Faizal Hussin dalam facebooknya berkata Warisan sudah mengambil alih fungsi Jabatan Pendaftaran Negara selepas Ismaily Komunikasi Warisan mengesahkan program ‘Projek IC’ itu dianjurkan Warisan.

Roslant Kint, 46 menyifatkan kenyataan bukan Projek IC sebagai ‘bangang’

“Bangang punya alasan ‘Bukan Projek IC’ bila individu yang tidak layak mendapat IC dan didokumentasikan supaya mendapat IC, bukankah itu sama dengan Projek IC?”.katanya

Datuk Amisah Yassin dalam komen facebooknya menulis buat program khidmat rakyat buat untuk rakyat dan ahli masyarakat bukan untuk ahli parti sahaja.

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial komen-komen negatif terhadap program menjurus ‘Projek IC’ oleh pemimpin Warisan hanya lebih memburukkan persepsi terhadap parti itu.Parti Warisan sedang menunjukkan mereka memberi harapan kepada warga asing yang bermasalah dokumen termasuk mereka yang berkahwin dengan warga tempatan.

Pusat-pusat khidmat wakil rakyat Warisan sekarang diserbu warga asing atau mereka yang mempunyai masalah dokumen kerakyatan kesan projek IC Dr Mahathir sebelum ini.

“Fenomena warga asing di pusat khidmat rakyat Warisan sekarang seperti satu fenomena biasa, berbaris panjang, berebut-rebut, mengesahkan segala dokumen dan pelbagai lagi yang  kita nampak sebelum ini”. Kata Ahmad     

Baru-baru ini turut tular gambar orang ramai menyerbu Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi yang dikaitkan dengan sokongan pelbagai dokumen warga asing yang bermasalah. Setakat ini belum ada penjelasan berhubung gambar yang tular itu.

Fenomena baru pejabat Perhubungan Parlimen diserbu warga asing yang mempunyai masalah pasport, kad pengenalan dan sijil lahir

12 Ogos lalu tular borang aduan Warisan  yang dianjurkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong bersama Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi mengadakan program aduan rakyat dan mengumpul projek IC. Bagaimanapun VK Liew menafikan dan melaporkan polis tentang program projek IC yang dikaitkan dengan pejabat Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi?]

http://sabahkini2.com/en/news/1116/menteri-undang-undang-jpm-anjur-program-bantu-projek-ic-di-batu-sapi/view

4 September lalu Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Mohd Azis Jamman mengarahkan polis menyiasat pengedaran borang memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, yang tular dalam media sosial baru-baru ini bagaimanapun selepas diteliti borang itu diedar oleh Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah sendiri yang mengaut keuntungan dari penjualan borang dan pengesahan Akuan Surat Sumpah.

Sehingga ke hari ini tiada berita pemimpin Jawatankuasa Penerangan Pusat Warisan itu ditahan polis atau disiasat walaupun bukti ada didepan mata.

 

 

 

 

 

 

 

2 Comments