Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi?
08:08 Aug 12, 2018  |  By SabahKini2
Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi?

Tular di dalam media sosial surat kelulusan taraf kewarganegaraan Puan Irammang binti Maddah Rung, dokumen PATI dan kini Program Menteri Undang-undang JPM.

SANDAKAN – Sebelum ini tular di dalam media sosial surat kelulusan taraf kewarganegaraan Puan Irammang binti Maddah Rung yang ditandatangani oleh Dato’ Mohammad Razin Abdullah Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia bertarikh 4 Julai 2018 rujukan JPN:WN:163/3 (104)/(61)/SY08042.

Juga dokumen borang permohonan untuk membuat dokumen sah bagi PATI di Sabah yang turut merisaukan warga Sabah.

Kini kecoh pula dikatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong bersama Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi mengadakan program aduan rakyat dan mengumpul projek IC.

Seorang pengadu bernama Maria Karim nombor kad pengenalan lama A190792 nombor telefon bimbit 0129960949 beralamat PPH Karamunting membuat aduan mengenai kad pengenalan.

“Memohon sokongan dipercepatkan proses pembuatan IC”.

Ini bermakna pengadu memang mempunyai kad pengenalan lama yang mungkin diperolehi dari projek IC tetapi belum mendapat kad pengenalan bermutu tinggi MyKad.

Difahamkan penganjur menerima banyak aduan seperti itu yang diselaraskan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi yang bakal dipanjangkan kepada Menteri JPM untuk sokongan kelulusan.

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial ramai mempersoalkan dasar kerajaan Warisan sekarang yang nampaknya banyak mempermudahkan permohonan warga asing menjadi warganegara Malaysia.

Malah dasar kerajaan Warisan telah meluluskan untuk memberi dokumen pas pekerja selepas PATI di putihkan. Ia turut diperjelaskan oleh Timbalan Menteri KDN baru-baru ini.

Netizen juga tidak begitu senang dengan watak-watak pemimpin warisan yang gemar menunjukkan urusan membantu rakyat menyokong dokumen kewarganegaraan sepertimana ditunjukkan Ahli Parlimen Sepanggar baru-baru ini.


Gambar kontroversi sebelum ini. Alasannya bantu rakyat takkan nak halau. Dah tahu dokumen kontroversi tapi nak tunjuk

 

 

 

 

1046 Comments