Shafie Apdal bertegas akan terus bina empangan sekalipun rakyat bising atau lebih 1000 protes. Projek empangan termasuk di Kg Bisuang Papar akan terus dibina RM2.8b oleh syarikat Warisan.
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus membina projek empangan walaupun mendapat bantahan daripada rakyat atau penduduk kampung. Oleh itu lokasi-lokasi sesuai dikenal pasti untuk membina empangan bagi memastikan rakyat Sabah mempunyai bekalan air mencukupi selama 50 tahun akan datang.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, akan membina empangan di tiga daerah iaitu Papar, Kota Belud dan Tambunan.
"Saya tahu empangan Kaiduan menjadi satu masalah besar, isu politik kita, dan saya telah nyatakan di peringkat Kabinet...kita perlu laksanakan sesuatu kerana kalau tidak kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air.
"Tidak ada maknanya rakyat bising di sana mungkin dengan 1,000 orang tetapi esok harinya kita berhadapan dengan kekurangan air di Kota Kinabalu.Katanya ketika berucap di Forum Hari Malaysia anjuran Upko, di sini
Ogos lalu kontroversi dan perdebatan hangat tentang cadangan membina Empangan di papar dianggar bernilai RM2.8 bilion muncul kembali selepas Empangan Kaiduan yang ditentang sejak 10 tahun terus dibina dengan menukar nama serta lokasi di Sg Bisuang Papar.
Penduduk kampung dan beberapa NGO membantah iaitu Gabungan menentang Empangan Kaidun (CAKD), Pertubuhan Rakan Komuniti (Pacos), Sabah Bersatu bagi Berkuasa Semula di Masa Depan (Green SURF) dan Jaringan Orang Asal Sabah (JOAS). Malah Sarawak Report turut melaporkan projek ini.
Diana Sipail, jurucakap bagi Jawatankuasa Bertindak Menentang Pembinaan Empangan Kaiduan (Task Force Against Kaiduan Dam) Takad, dipetik berkata “walaupun nama projek tersebut telah ditukar kepada nama lain iaitu pembinaan empangan Papar, namun projek tersebut tetap sama memandangkan laluan sungai turut melibatkan sungai yang sama ke Moyog Penampang.
Terbaru 11 Ogos lalu lebih 200 penduduk Kampung Bisuang, Papar, berkumpul secara aman tanda protes terhadap kerajaan Sabah berikutan cadangan pembinaan empangan air dipindahkan dari Kaiduan ke kampung itu.
"Projek itu masih akan berada di sungai yang sama dan untuk menjadikannya lebih teruk lagi, empangan baru yang dicadangkan itu akan dibina berhampiran kawasan yang ramai penduduk kerana berdekatan Kinarut," kata salah seorang penduduk yang membantah
PRESIDEN Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Asli Sabah (Agaras), Michael Frederick
Presiden Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Asli Sabah (Agaras), Michael Frederick, berkata mereka bukan sahaja tidak bersetuju dengan cadangan itu, malah menafikan kenyataan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony yang mendakwa cadangan itu dipersetujui penduduk kampung.
“Penduduk kampung tidak pernah bersetuju dengan cadangan empangan ini dipindahkan ke sini. Hari ini, kami mahu menafikan kenyataan yang dibuat Datuk Peter dan Ketua Menteri Sabah.
Shafie Apdal bertegas akan melaksanakan projek empangan termasuk Empangan Papar. Dengan memindahkan lokasi bermakna kerajaan Warisan dapat menukar syarikat baru untuk membelanjakan RM2.8 bilion di bawah arahan Shafie, Peter dan Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang sebelum ini sama-sama ditahan SPRM kerana penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion.