Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB
10:09 Sep 30, 2018  |  By SabahKini2
Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB

VK Liew adalah Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014. Liew terima RM3.5 juta sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013 dana yang dikait 1MDB. Bagaimanapun menurut LDP, VK Liew membelanjakan wang itu bersendirian bukan parti

29 Jun lalu SPRM dan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia termasuk akaun milik UMNO Pusat, UMNO negeri, individu, persatuan, syarikat dan beberapa organisasi termasuk parti komponen BN, MCA, MIC, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dipercayai dikaitkan dari dana 1MDB melalui akaun peribadi Dato’ Sri Najib Razak.

Malaysiakini dalam laporan khasnya sebelum ini mendedahkan senarai transaksi penerima sebahagian kecil dan tertumpu kepada waktu PRU 2013.

Bagaimanapun dalam pendakwaan terpilih kepada Dato’ Sri Najib 20 September lalu didakwa dengan Empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM3.5 bilion.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib mengaku tak bersalah 4 tuduhan Seksyen 23 dan pengubahan wang haram ]

VK Liew Menteri Undang-undang terima dana dikait 1MDB. SPRM tidak siasat?

Bagaimanapun satu perkara yang menarik mengapa Datuk Liew Vui Keong (VK Liew) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) berdiam diri mengenai siasatan kes dana 1MDB atau derma RM2.6 bilion ke akaun Najib terjawab apabila beliau sebenarnya adalah salah seorang penerima dana itu berjumlah RM3.5 juta sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013.


VK Liew Menteri Undang-undang dahulu Presiden LDP terima dana RM3.5 juta

Liew adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kerajaan terdahulu ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 hingga 2013.

Liew merupakan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014 dan menjadi Anggota Parlimen Sandakan selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU12 atas tiket Barisan Nasional (BN), namun usahanya untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU13 gagal setelah tewas kepada calon DAP Stephen Wong Tien Fatt

Bertambah buruk pada 2014 Liew tersepit dalam kemelut perebutan jawatan presiden LDP sehingga disingkirkan dan digantikan dengan Datuk Teo Chee Kang sebagai Presiden parti.

Bagaimanapun Liew menang semula di kerusi Parlimen Batu Sapi apabila menyertai Parti Warisan pada PRU14.

Tiada sesiapa mengungkit mengenai dana yang diterima VK Liew dari akaun Najib dan 1MDB kerana selepas VK Liew menyertai Warisan beliau sudah disucikan bersih oleh PH.

Datuk Teo Chee Kang sahkan LDP tidak terima dana RM3.5 juta

Bagaimanapun bekas Presiden LDP Teo Chee Kang mengesahkan LDP tidak pernah mengetahui wang 1MDB dan derma Najib itu ke dalam akaun LDP. 

Ia mungkin diterima dan digunakan sendiri oleh Datuk VK Liew secara curang ketika berkuasa sebagai Presiden parti. RM3.5 juta sebelum PRU13 bukanlah sedikit. Mana wang itu? VK Liew mesti menjelaskan ke mana wang RM3.5 juta itu disalurkan.

Persoalannya mengapa VK Liew tidak disiasat SPRM atau polis? Apakah kerana kini beliau adalah Menteri Undang-undang JPM? VK Liew mesti menjelaskan perkara ini. Jika semua pihak dikaitkan 1MDB akaun dibeku mengapa VK Liew bebas? Tak mungkin money trail pemberian dari akaun Najib kepada VK Liew SPRM tidak dapat mengesan dana itu?

Apakah tugas beliau sebagai Menteri JPM hanya bertujuan mahu membersihkan dan menutup kes Shafie Apdal kes peneyelewangan dana KKLW RM1.5bilion serta kes beliau menerima bantuan RM3.5 juta itu?

 

Lain-lain Artikel mengenai VK Liew

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Undang-undang JPM anjur Program bantu Projek IC di Batu Sapi? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur ]

 

 

4 Comments