SAFA jadikan adik Shafie Apdal ‘Kaki Pau’ berjuta duit GLC Sabah?
11:10 Oct 04, 2018  |  By SabahKini2
SAFA jadikan adik Shafie Apdal ‘Kaki Pau’ berjuta duit GLC Sabah?

Kewangan SAFA kini dalam keadaan kritikal, tidak punya wang. Kerajaan negeri pula tidak mampu memberi dana kerana berstatus 'kerajaan haram' belum selesai kes mahkamah. Sehingga semua itu selesai SAFA terpaksa pau syarikat atau GLC Sabah.

KOTA KINABALU - Selepas sahaja menang sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) ogos lalu, Alijus Sipil dan timbalannya Hj Hamid Apdal adik Shafie Apdal nampaknya SAFA masih terus dilanda masalah kewangan kritikal.

Terbaru tular surat rayuan sumbangan tajaan RM 2 juta daripada Borneo Samudera Sdn Bhd bagi menuntut baki tajaan RM 1 juta yang belum dijelaskan kepada SAFA. Sumbangan awal sudah diberi April dan Julai 2018

Sebagai balasan tajaan RM2 juta, nama penaja Sawit Kinabalu diletakkan pada jersi Pasukan Bola Sepak Sabah iaitu Pasukan Liga Perdana, Piala Presiden dan Pasukan Bawah 19 tahun dengan statistik perlawanan pasukan lebih dari 20 kali perlawanan.

Haji Hamid yang diarahkan oleh Shafie Apdal meletak jawatan Timbalan Presiden Safa pada 28 Ogos lalu nampaknya didalam surat SAFA itu masih sebagai sebagai Timbalan Presiden Safa 1.

Katanya Surat rasmi perletakan jawatannya mungkin tidak perlu kerana
beliau juga belum menerima surat rasmi perlantikan sebagai timbalan presiden. Agaknya sebab ini Hamid kekal di SAFA

Letter Head terbaru SAFA Hj Hamid Apdal bertarikh 4 September 2018 kekal Timbalan Presiden SAFA 1

Sebelum ini kecoh adik Shafie Hj Zul @Yamen Hj Apdal dilantik Pengerusi Pelancongan Malaysia, Hj Hasan Basri (Pakcik) dilantik CEO Kekal Mewah Sdn Bhd dan Hj Jamil Datuk Hamzah (anak saudara) di Kementerian kewangan Sabah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan.

Sumber SAFA memaklumkan Hj Hamid diminta tidak meletakkan jawatan bagi membantu SAFA mendapatkan dana sumbangan dari syarikat dan GLC Sabah. Ketua Menteri Sabah adalah penasihat SAFA jadi, Hj Hamid Apdal adikya diperlukan untuk menjadi jambatan kepada kerajaan Warisan.

Borneo Samudera Sdn Bhd dan Sawit Kinabalu Bhd adalah anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS/SLDB).

Awal september lalu Frank Salazar @ Franco Ketua Bahagian Warisan Tawau bekas Ketua Pegawai Eksekutif Benta Wawasan dan COO Sabah Softwoods Berhad Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkuatkuasa 1 September lalu sehingga 31 Ogos 2021. Pelantikan Frank Salazar mungkin boleh mempercepatkan lagi dana sumbangan kepada SAFA.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie lantik bekas CEO Pecah amanah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah ]

Shafie lantik bekas CEO Pecah amanah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah

Umum mengetahui kerajaan negeri sekarang tidak mempunyai kuasa mengeluarkan dana kerana kes mahkamah perebutan Ketua Menteri Sabah belum selesai. Gaji Adun dan Menteri pun tidak dibayar 4 bulan.

Oleh itu Shafie Apdal dan Menteri Warisan sedang memerah dana anak syarikat kerajaan negeri seperti Yayasan Sabah, SLDB, Sedco, Sawit Kinabalu dan lain-lain lagi.

Kerajaan negeri juga mempelawa semua pelabur datang ke Sabah asalkan kerajaan Warisan dapat ‘pau’ pelabur yang datang Sabah. 

2 Comments